Skip to main content

Jenazah Hassan Azhari selamat dikebumi


SHAH ALAM -- Jenazah tokoh agama Tan Sri Hassan Azhari selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini, kira-kira 9.40 pagi.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat ke majlis pengkebumian itu.
Turut hadir Menteri Besar Amirudin Shari, Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor, anggota  keluarga, saudara-mara dan ratusan rakan Allahyarham.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, dengan diimamkan oleh anak Allahyarham, Prof Madya Dr Abdul Rauf.
Hassan, 90, meninggal dunia akibat  kanser limfoma kira-kira 5 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur. 
Beliau merupakan pendidik terkenal dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Allahyarham, yang juga bapa kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan mempunyai 22 anak termasuk bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang telah meninggal dunia pada Disember 2014.
Sementara itu, Musa  berkata hasrat bapanya untuk meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah tidak kesampaian berikutan kesihatan bapanya yang tidak memuaskan.
"Saya pujuk ayah bahawa kesihatannya tidak membenarkan (untuk meninggal di Mekah) jadi kita di sini sahajalah (meninggal di Malaysia).
"Arwah memang lahir di Mekah dan ramai saudara maranya di sana," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengebumian itu hari ini.
Mengulas lanjut, Musa yang juga anak sulung kepada Allahyarham berkata, pesanan yang akan sentiasa tersemat diingatannya ialah amanat serta nasihat bapanya supaya tidak meninggalkan solat dan sentiasa membaca Al - Quran.
"Saya berasa sedih kerana kehilangannya namun arwah pergi dalam keadaan baik.
"Selain itu, saya menzahirkan penghargaan dengan kehadiran ramai individu semasa pengebumian arwah berikutan Allahyarham mempunyai ramai anak murid," katanya.
Bagi Jalaluddin, tentangan bapanya ketika beliau mula menceburi bidang seni adalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Jelas Jalaluddin, penglibatan beliau sebagai insan seni akhirnya mendapat restu selepas bapanya melihat kesungguhannya menjadikan kerjaya seni sebagai punca pendapatan menyara keluarga.
"Memang dia tentang keputusan saya untuk masuk bidang seni kerana bidang saya ini lebih kepada lakonan bukan seni yang menjurus kepada keagamaan.
" Tetapi saya buktikan pada beliau inilah satu-satunya bakat yang saya ada, sedikit anugerah dari Allah yang boleh saya gunakan untuk menyara keluarga dan akhirnya beliau terima," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...