Skip to main content

Jom, beli Equanimity


KUALA LUMPUR -- Proses bidaan bagi kapal mewah 'Equanimity' milik Low Taek Jho ataupun lebih dikenali sebagai Jho Low akan bermula Isnin ini sehingga 28 Nov, kata Ong Chee Kwan, peguam bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ong berkata Mahkamah Admiralti juga telah meluluskan terma dan syarat bagi proses bidaan yang akan berlangsung selama sebulan, mereka yang berminat untuk membeli kapal mewah Equanimity itu perlu bayar deposit sebanyak USD1 juta (RM4.17 juta). 
"Ini bukan bidaan dalam talian, tidak semua individu boleh disertakan dalam senarai pembida, hanya mereka yang berkelayakan sahaja dan mereka perlu bayar deposit sebanyak USD1juta, ini bagi memastikan hanya pembeli yang serius sahaja datang membuat bidaan," katanya.
Ong yang turut mewakili dua anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes itu dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Khadijah Idris di sini, hari ini.
Ong berkata bagi pembida yang berkelayakan mereka berpeluang melihat keadaan kapal mewah yang berharga USD250 juta (RM1.42 bilion) itu dan satu tarikh akan ditetapkan bagi tujuan itu.
"Mereka akan mendapat borang tawaran, menandakan mereka menerima syarat-syarat penjualan, ia akan dimasukkan ke dalam sampul dan akan dihantar kepada pegawai Mahkamah Admiraliti yang akan membukanya selepas bidaan,” katanya. 
Beliau berkata laporan penilaian itu adalah sulit dan hanya Sheriff sahaja yang tahu dan akan menetapkan satu tarikh bagi membuat cabutan bidaan.
Ong berkata maklumat lengkap berkenaan bidaan kapal mewah itu juga akan disiarkan dalam akhbar tempatan dan antarabangsa sama ada hari ini atau esok, individu yang berminat boleh menghubungi ejen pusat.
Beliau berkata, bagi pembida yang berjaya dipilih oleh sheriff mahkamah, dikehendaki membayar 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal dan baki 90 peratus dalam tempoh 10 hari kemudian.
Pada 19 Okt lepas, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kapal mewah Equanimity sebagai milik kerajaan Malaysia dan 1MDB selepas pemilik berdaftar gagal hadir menuntut kapal itu dan kerajaan kini boleh menjual kapal itu.
Mahkamah juga memutuskan dua syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited sebagai pemilik sah dan benefisiari kapal berkenaan, sehubungan itu, secara tidak langsung kerajaan Malaysia adalah benefisiari kedua-dua syarikat itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...