Skip to main content

Kajian mansuh hukuman mati pada peringkat akhir


SANDAKAN -- Kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dalam peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau kajian tersebut dilaksanakan oleh pihak Peguam Negara berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia.

"Kajian hukuman mati mandatori ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat kita akan bentang Rang Undang-Undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhkan atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Malam Mesra Integrasi Sosial Bersama Komuniti di Kampung Karamunting di sini, Sabtu malam. 

Program itu anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan dibawah Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah AADK dengan kerjasama Rukun Tetangga Kampung Karamunting.

Liew yang juga menteri berkaitan undang-undang berkata pelaksanaan hukuman mati mandatori di negara ini membabitkan kesalahan dadah, membunuh dan berkaitan pengganas.

Beliau berkata kajian hukuman tersebut akan mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan hukuman setimpal diberikan kepada pesalah khususnya kerana membunuh dan pengganas.

"Bagi saya secara peribadi, dalam kes dadah ini kadang kala kita terlebih keras terhadap mereka dianiayai atau menjadi keldai dadah tetapi udang-undang kita terhadap sesiapa didapati bersalah mengedar dadah lebih daripada jumlah (Di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952) adalah hukuman mati mandatori.

"Saya rasa ia tidak adil kepada mereka dan setakat ini hakim diberikan pengkhususan untuk menjatuhkan hukuman mati atau tidak kepada mereka didapati bersalah dibawah Seksyen 39B ADB 1952," kata Anggota Parlimen Batu Sapi itu.

Menurutnya sekiranya pemansuhan hukuman mati mandatori ini dapat dimansuhkan, tumpuan diberikan terhadap Seksyen 39B ADB 1952 dan hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

"Tetapi bagi jenayah lain seperti membunuh dan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara seperti tragedi berlaku di Tanduo Lahad Datu hingga menyebabkan kematian kepada penduduk kampung dan anggota pasukan keselamatan, perkara ini kita kena ambil pertimbangan, " katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata ini bagi memastikan mereka yang ditangkap kerana melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Di negara ini, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung bagi kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...