Skip to main content

Kehadiran Tun M dalam kempen beri semangat


PORT DICKSON -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau gembira apabila dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berkunjung ke Port Dickson bagi berkempen untuknya dalam pilihan raya kecil di sini.
Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) berkata kesudian Dr Mahathir itu adalah satu petanda baik, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk seluruh rakyat Port Dickson.
“Ia penting sebab Tun Dr Mahathir ini sebagai perdana menteri daripada dulu saya ingat, saya sebagai timbalan perdana menteri, dia tidak pergi berkempen pilihan raya kecil.
“Kalau ada pilihan raya kecil dia serah kepada orang bawahannya daripada timbalan perdana menteri sehingga pemimpin bawah yang akan pergi kempen dan dia tumpu (kepada negara),” katanya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia.
Anwar berkata, kehadiran Dr Mahathir itu dilihat akan memberi semangat kepada pengundi Port Dickson untuk menyokong calon PH dan berharap pemimpin utama negara itu dapat memberi jaminan untuk membantu mereka.
Dr Mahathir hari ini dilaporkan berkata bahawa beliau akan turun berkempen di Port Dickson bagi membantu Anwar pada 8 Okt ini.
Dr Mahathir selaku Pengerusi PH menjelaskan keputusan untuk turun berkempen itu sekali gus menepis dakwaan bahawa hubungannya dengan bakal Presiden PKR merangkap bakal Perdana Menteri kelapan itu dingin.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya juga berkata sambutan masyarakat tempatan terhadapnya sepanjang tempoh kempen yang memasuki hari ketujuh hari ini sangat baik dan beliau berasa sangat terkesan dengan sokongan yang ditunjukkan mereka.
“Saya mahu jadikan Port Dickson sebagai kampung halaman saya sendiri, jadi kawan-kawan daripada orang Melayu, Cina, India yang saya tengok sambutan dari zahirnya saya cukup terkesan sebab mereka baik sangat.
“Saya dalam politik ini tidak suka formal sangat, saya lebih suka orang terima saya sebagai ahli keluarga dan saya tengok semangat kekeluargaan itu ada di Port Dickson,” katanya, LAPOR bERNAMA.
Turut bertanding pada PRK itu ialah calon bebas, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, personaliti media sosial Stevie Chan Kee Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen, bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan, dan Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dari PAS.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Okt ini, manakala pengundian awal pada 9 Okt.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...