Skip to main content

Kelantan mahu ambil alih projek ECRL?


KUALA LUMPUR -- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertikaikan kemampuan Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) daripada kendalian Kerajaan Persekutuan.
Katanya, ini kerana Kerajaan Negeri itu sendiri masih memerlukan bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat malah tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya tanpa suntikan dana dari Putrajaya.
Bantuan kewangan ini bukanlah satu perkara baharu dan ia telah bermula sejak zaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Memang Kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan ini dari dulu lagi, dan baru-baru ini saya telah meluluskan satu jumlah peruntukan untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan. 
“Sungguhpun negeri pembangkang kuat menghentam pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kita masih beri bantuan, itulah faktanya dan ini telah berlaku sejak zaman Najib lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Terdahulu, perang mulut berlaku pada sesi soal jawab ketika Lim menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengenai kemungkinan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mengambil inisiatif sendiri untuk meneruskan projek itu jika ia dibatalkan Kerajaan Pusat. 
Lim berkata, beliau menerima baik inisiatif Kerajaan Negeri itu, tetapi mempertikaikan kemampuan kewangan mereka, lapor Bernama.
“Saya fikir macam mana Kerajaan Negeri Kelantan boleh buat demikian jika gaji penjawat awam pun tak mampu bayar,” katanya.
Najib dalam lawatan kerjanya di Kelantan sewaktu masih menjadi Perdana Menteri pada Januari tahun ini pernah dilaporkan berkata bahawa Kerajaan Negeri PAS Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...