Skip to main content

Kelantan minta Petronas kemukakan jumlah rasmi royalti


KOTA BHARU --  Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti yang harus diterima oleh negeri berkenaan sejak pengeluaran petroleumnya bermula 1982.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia berikutan sehingga kini Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang angka yang khusus berhubung perkara berkenaan.
"Cuma untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini saya boleh sebut saya rasa, berdasarkan maklumat-maklumat yang kita kumpul daripada laporan dan jawapan menteri di Parlimen, daripada mula-mula pengeluaran petroleum hasil laut yang digali dari Kelantan, kita sepatutnya menerima bayaran daripada Petronas melebihi RM14 bilion.
"Kalau kita dapat harta ini kita dapat melihat berapa banyak sebenarnya duit kita yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan (selama ini)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
Mohd Amar menjawab soalan tambahan dikemukakan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) yang mahu tahu mengapa Kerajaan Negeri tidak memasukkan terimaan hasil royalti dalam Belanjawan 2019 bagi meningkatkan kewangan negeri.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata banyak perkara boleh diselesaikan jika Kerajaan Persekutuan membayar kesemua jumlah tuntutan royalti Kelantan termasuklah masalah bekalan air, perumahan mampu milik dan sampah.
"Bukan kita nak cari alasan tapi itulah realiti, sebab orang Kelantan kata dah, 'takdok pitih bodo selalu, ado duit cerdik selalu'.
"Apa yag kita tuntut adalah hak yang kita. Jadi kalau kita setakat nak minta pinjam RM90 juta pendahuluan tu tak ada apa-apalah sebab duit kita banyak lagi dengan Kerajaan Persekutuan, dan kalau kita berhutang lebih RM300 juta dengan Kerajaan Persekutuan, boleh dikira kecil lagi (berbanding) duit yang disimpan RM14 bilion itu," katanya.
Terdahulu, Mohd Amar menjawab soalan dikemukakan Saiful Adli Abu Bakar (PAS-Salor) yang mahu tahu apakah strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah hasil negeri dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai sumber baharu sebagai alternatif meningkatkan kewangan negeri.
Menjawab soalan berkenaan, Mohd Amar berkata ada beberapa strategi jangka pendek diambil Kerajaan Negeri untuk tujuan berkenaan, antaranya pelarasan kadar baharu bayaran perkhidmatan membabitkan bayaran pendaftaran pindah milik pendaftaran gadaian dan bayaran royalti gadaian batuan, lapor Bernama.
Selain itu, ia membabitkan pelarasan cukai tanah di seluruh negeri, pungutan royalti mineral berasaskan keluaran secara bulanan dan mewartakan kawasan mendulang di bawah Seksyen 14 Enakmen Mineral 2001 bagi membolehkan pihak-pihak yang berminat memohon lesen dan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...