Skip to main content

Kena belasah suami kerana kereta tercalar


BUTTERWORTH -- Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat kesan calar di kereta lelaki itu selepas isterinya terlibat dalam kemalangan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu membuat laporan polis pada 9.46 malam tadi dan mendakwa mangsa yang berusia 40 tahun dicederakan suaminya dalam kejadian pukul 5.15 petang semasa berada di rumah mereka di Butterworth.
"Suami mangsa berusia 42 tahun berang selepas mendapati keretanya calar kerana isterinya terlibat dalam kemalangan bertindak memukul wanita itu dengan menarik rambut, memukul menggunakan tangan serta kerusi, menolak dan menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum melarikan diri. 
"Semasa kejadian, ibu mangsa yang berada di rumah mereka turut sama menghalang suspek dari terus mencederakan anak perempuannya itu namum tidak berjaya," katanya.
Beliau berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka memanjang di atas kepala akibat dihentak dengan objek keras.
Noorzainy berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod lampau termasuk kesalahan memukul isterinya dan usaha mengesan suspek giat dijalankan, lapor Bernama.
Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata pengetua sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua laporan dakwaan liwat yang masing-masing dibuat murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, direman selama tiga hari sehingga 28 Okt ini.
Pada Selasa, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.
Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika menyertai program pendidikan di sekolah lelaki itu bertugas, selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...