Skip to main content

Kerajaan akan kurangkan penglibatan dalam perniagaan


KUALA LUMPUR -- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan akan mengurangkan pembabitan langsungnya terhadap pemilikan ekuiti di dalam syarikat dan akan meletakkan kepada sektor swasta untuk menerajui ekonomi.  

Katanya, kerajaan baharu percaya berhubung apa yang diperkatakan iaitu “urusan kerajaan adalah tidak terbabit dalam perniagaan” dan untuk itu, pada tahun-tahun mendatang akan menyaksikan program dilaksanakan bagi mempermudahkan sektor swasta mencapai potensi mereka. 

“Kami akan mempermudahkan untuk sektor swasta dan mengurangkan pembabitan yang banyak oleh kerajaan 

“Sebagai tambahan, kita juga akan secara beransur-ansur merealisasilkan nilai aset milik kerajaan dan menggunakan hasil ini untuk mengurangkan hutang,” katanya berucap pada Persidangan Pelabur Malaysia: Permulaan Baharu (Malaysia: A New Dawn Investors’ Conference).

Katanya, kerajaan akan memainkan peranannya sebagai pembeli tunggal terbesar negara bagi mendorong keberkesanan dan daya saing sektor swasta.

Dalam pada itu katanya, tidak akan ada pembatalan projek Kerjasama Awam-Swasta (PPP) dan ia akan diteruskan tetapi dalam format dan mekanisme berbeza.

Lim berkata, model baharu 2.0 akan diterapkan pada kesemua projek PPP yang masih menunggu kelulusan selain projek lain pada masa depan.

Melalui proses ini, sektor swasta dipulihkan kerana aset tanah akan dijual kepada entiti yang terbaik dalam memaksimumkan pulangan daripada pelaburan mereka di dalam hartanah manakala projek akan diberikan kepada syarikat yang paling berdaya saing dan cekap, jelasnya.

Lim memberi contoh yang mana sebelum ini, sebahagian besar projek PPP didapati dirunding secara langsung dengan kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan seperti pembinaan rumah mampu milik, sekolah, balai polis, balai bomba dan kem tentera, sebagai pertukaran untuk tanah kerajaan dan bukannya dibayar secara tunai.  

“Bagaimanapun malangnya, rundingan dijalankan secara terus, oleh itu kita tidak tahu berapakah kos sebenar projek awam ini, atau nilai sebenar tanah kerajaan yang dijual atau dijadikan pertukaran.

“Melalui terma yang samar-samar ini, rasuah, keuntungan berlebihan kepada syarikat kroni dan pulangan yang rendah terhadap pelaburan, berleluasa.

“Proses rundingan langsung ini menyebabkan model PPP ini menjadi kegiatan pelanunan atau kapitalisme kroni. Melalui rundingan langsung, nilai sebenar tanah kerajaan tidak semestinya di bawah harga sementara kos projek awam menjadi terlebih harga,” jelasnya.

Bagaimanapun, model sebenar yang baharu PPP atau PPP 2.0 akan mengubah proses pertukaran tanah dengan melaksanakan lelongan terbuka untuk tanah berkenaan dijual dan pada masa sama menjalankan tender terbuka untuk pembinaan projek itu.

Ini akan membolehkan kerajaan mencapai pulangan tertinggi untuk pelupusan asset serta menerima nilai terbaik untuk projek yang diberikan, tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Pendapatan RM2 juta tanam tembikai wangi

KOTA BHARU -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) gembira apabila pendapatan 29 peserta Ladang Kontrak Projek Agrotourism di Kampung Banggol di sini kini hampir mencecah RM2 juta setahun. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata beliau yakin hasil penanaman tembikai wangi yang mereka usahakan di sebidang tanah berkeluasan lebih 40 hektar di kampung itu akan mencecah lebih RM2 juta pada tahun ini berdasarkan kepada mutu buah yang semakin baik dan mendapat permintaan tinggi. "Pendapatan mereka kini meningkat pada setiap tahun dan sebagai perbandingan pada 2011 mereka mendapat sekitar RM235,000 dan pada tahun lepas pendapatan mereka sudah mencecah hampir RM2 juta. "Ini hasrat kita untuk melihat petani ini berjaya dan akhirnya keluar daripada garis kemiskinan dan sebab itu FAMA akan membantu mereka berjaya dalam pertanian," katanya kepada Bernama selepas majlis  menandatangani perjanjian jual beli tembikai...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...