Skip to main content

Kerajaan boleh dapat balik RM10.02 bilion jika ECRL batal


KUALA LUMPUR -- Kerajaan dijangka dapat menebus balik bayaran pendahuluan RM10.02 bilion yang dibayar kepada China Communications Construction Ltd (CCCC) sekiranya projek infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibatalkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata setakat 15 Feb lalu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek telah membayar lebih RM19.6 bilion kepada CCCC yang merupakan kontraktor utama projek itu. 
Beliau berkata  jumlah itu merangkumi bayaran pendahuluan  RM10.02 bilion dan pembayaran kemajuan RM9.67 bilion. 
“Perlu ditarik perhatian di sini bahawa bon pendahuluan boleh ditebus oleh MRL sekiranya projek ditamatkan.
“Dalam erti kata lain jika berlaku senario terburuk, kerajaan boleh dapat balik RM10.02 bilion," katanya menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) pada sesi soal jawab. 
Lim juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa keputusan sama ada projek ECRL itu akan ditamat atau diteruskan belum dimuktamadkan memandangkan rundingan antara pihak terlibat masih berjalan.
Menurutnya, kerajaan Selangor membantah projek itu kerana cadangan landasan dari Gombak ke Pelabuhan Klang akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan status tapak warisan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) bagi Klang Gate Quartz Rigde sepanjang 16 km, yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia. 
Katanya, semua kerja berkaitan projek ECRL telah digantung sejak 3 Julai lalu sehingga satu keputusan baharu dibuat.
Beliau berkata setakat ini empat sesi rundingan telah diadakan antara kerajaan Malaysia dan pihak China mengenai hala tuju ECRL manakala MRL dan CCCC juga telah mengadakan beberapa sesi teknikal untuk melihat mengurangkan kos projek itu yang dianggar mencecah RM80.92 bilion.
“Kerajaan masih belum buat keputusan. Saya harap YB (Yang Berhormat) boleh faham, kos yang dibiayai adalah tinggi. Selain RM80.92 bilion itu, pihak kerajaan masih belum ambil kira lagi kos faedah yang perlu dibayar untuk membiayai projek ini selain kos pengurusan yang boleh mencecah RM1 bilion setiap tahun,” kata Lim. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...