Skip to main content

Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab kes tanah runtuh


GEORGE TOWN -- Penang Forum, gabungan kumpulan masyarakat sivil berkepentingan awam, berkata ia kesal dengan kegagalan pihak berkuasa untuk mencegah kejadian tanah runtuh hari ini di tapak projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus yang setakat ini telah meragut tiga nyawa.
Anggota Penang Forum Dr Lim Mah Hui berkata alam semulajadi telah memberikan isyarat pada minggu lepas apabila 14 batang rasuk konkrit sepanjang 25 meter terjatuh ke lereng bukit tetapi tiada tindakan diambil.
"Kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sini tetapi yang pasti ia menunjukkan wujud risiko apabila mengganggu alam semulajadi. Kini kita tahu kapasiti pemantauan kita amat lemah dan ini patut menjadi iktibar kepada kerajaan negeri dan selepas ini mereka tidak boleh lagi kata ia hanya kemalangan di tapak pembinaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di tempat kejadian tanah runtuh itu di Paya Terubong di sini.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan lebuh raya berkembar bernilai RM545 juta di Jalan Bukit Kukus itu yang menghubungkan Paya Terubong ke Relau, mengakibatkan dua orang maut, seorang cedera dan sekurang-kurangnya sembilan orang tertimbus di bawah timbunan tanah runtuh.
Lim berkata kejadian itu berlaku genap setahun selepas kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Tanjung Bungah yang mengakibatkan 11 pekerja binaan tertimbus.
Bagaimanapun, rakan Lim, Dr Kam Suan Pheng yang merupakan saintis tanah berkata, hakisan tanah di  Jalan Bukit Kukus bukan baru berlaku kerana perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tiga tahun lepas.
Katanya Penang Forum, menerusi kumpulan Penang Hill Watch, platform untuk orang awam mengadu tentang pembersihan hutan secara haram, telah menyerahkan dua laporan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Beliau berkata MBPP memberikan respons dengan menyatakan ia adalah projek pembinaan jalan dan mereka memantau kerja pembinaan itu, lapor Bernama.
"Jika mereka memantau keadaan, bagaimana kejadian ini boleh berlaku? Tanah di sini terdedah dan menutup tanah itu dengan kepingan plastik tidak akan menghalang hakisan apabila hujan," katanya.
Penang Forum ialah badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat sivil, antara lain, berobjektif menggala

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...