Skip to main content

Kerajaan perlu sahkan barang kemas RM60 juta dirampas polis


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan kerajaan memfailkan afidavit untuk mengesahkan sama ada 44 unit barang kemas bernilai US$14.79 juta atau hampir RM60 juta, yang dikatakan dihantar kepada Datin Seri Rosmah Mansor oleh syarikat menjual barang kemas di Lubnan , telah dirampas oleh polis.
Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin mengeluarkan perintah itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Izham Marzuki, yang mewakili kerajaan, memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada 44 unit barang kemas itu adalah sebahagian daripada 12,000 unit yang dirampas oleh polis dalam serbuan di premis-premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya mahu kerajaan untuk kembali dalam tempoh dua minggu bersama afidavit untuk mengesahkan sama ada 44 keping barang kemas telah dirampas oleh polis dan meminta defendan (Rosmah) untuk membantu mengenal pasti barang kemas itu," kata Wong.
Beliau berkata Rosmah adalah orang yang terbaik sekali untuk membuktikannya.
"Kami berharap beliau dapat membantu kerana beliau adalah orang yang terbaik untuk mengenal pasti barang kemas tersebut," katanya dan beliau kemudian menetapkan dua hari bermula 4 Mac, tahun depan untuk perbicaraan.
Wong kemudian menolak permohonan oleh Rosmah, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman  difailkan oleh syarikat dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, untuk membatalkan saman tersebut tanpa mendengar hujah daripada semua pihak berkaitan.
Bagaimanapun, beliau berkata, Rosmah boleh memfailkan permohonan baharu selepas dibuktikan bahawa barang kemas itu telah dirampas.
Terdahulu peguam Rosmah, Rajivan Nambiar memberitahu mahkamah bahawa kerajaan harus kembali ke mahkamah dan mengesahkan mengenai rampasan barang itu.
"(Rosmah) menyatakan pendirian bahawa barang kemas itu dirampas tetapi kerajaan tidak dapat mengesahkannya, " kata Rajivan.
Kerajaan dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman itu selepas berjaya dalam permohonan untuk menjadi pencelah dalam kes saman itu. Pada mulanya Rosmah adalah defendan tunggal, lapor Bernama.
Kerajaan telah memohon untuk menjadi sebahagian daripada pihak dalam kes saman oleh Global Royalty terhadap Rosmah atas alasan bahawa barang kemas itu adalah milik kerajaan dan dibeli dengan wang yang dicuri.
Global Royalty menyaman Rosmah pada 26 Jun, menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta atau hampir RM60 juta.
Dalam pernyataan tuntutannya, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabangsa, mendakwa bahawa Rosmah telah lama menjadi pelanggan tetapnya dan bahawa firma itu akan menghantar konsaimen barang kemas kepadanya atas permintaan beliau. Rosmah kemudian akan menilai atau membeli barang kemas pilihannya yang akan dibayar sendiri olehnya atau melalui pihak ketiga.
Syarikat itu, yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan dan ternama dari seluruh dunia, mendakwa bahawa barang kemas yang tidak dipilih biasanya akan dipulangkan dan, dalam keadaan tertentu, Rosmah akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangkannya kepada plaintif.
Syarikat itu mendakwa pada 10 Feb tahun ini, ia telah menghantar 44 set barang kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara US$124,000 dan US$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.
Global Royalty berkata semasa serahan, Rosmah mengesahkan dan menerima terma-terma dan syarat yang terkandung dalam Memorandum No. 926 berkaitan barang kemas tersebut.
Syarikat itu mendakwa bahawa Rosmah, melalui surat bertarikh 22 Mei, juga mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas itu tetapi menyatakan kesemua barang kemas itu tidak lagi berada dalam milikannya kerana telah dirampas dan ia kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Malaysia.
Firma itu mendakwa bahawa sepanjang masa material, plaintif adalah pemilik barang kemas tersebut dan pemilikan itu tidak pernah dipindahkan kepada defendan.
Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik sah 44 unit barang kemas itu selain perintah pesanan yang menyatakan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak pernah dipindahkan kepada defendan.
Ia juga memohon perintah mandatori supaya Rosmah menyediakan senarai barang kemas yang telah dirampas, perintah untuk barang kemas itu dipulangkan atau, jika tidak, Rosmah akan bertanggungjawab membayar harga barangan berjumlah, US$14.79 juta (RM59.83 juta ).
Rosmah, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Julai, menafikan membeli mana-mana 44 unit barang kemas dan berkata barang kemas itu dihantar kepada beliau untuk dilihat atas sifat beliau sebagai isteri perdana menteri Malaysia atas kehendak dan kerelaan syarikat itu sendiri dan tanpa sebarang obligasi untuk beliau membeli barang kemas tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...