Skip to main content

Kerajaan Terengganu tak campur tangan larangan ke atas Dr Maza


KUALA TERENGGANU -- Kerajaan Terengganu tidak akan campur tangan berhubung  larangan yang pernah dikeluarkan terhadap Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk mengadakan ceramah di Terengganu. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berautoriti iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk membuat keputusan terbaik berkaitan perkara itu setelah larangan dikeluarkan sejak Julai 2016.
"Setakat ini, saya tiada maklumat baharu tentang senarai hitam penceramah di Terengganu dan saya rasa keterbukaan kerajaan negeri setakat ini berasaskan kepada suasana yang ada.
"Namun kerajaan negeri serahkan perkara ini kepada pihak beratutoriti untuk membuat keputusan mengenainya kerana mereka sudah tentu menyelidik dan menyiasat sesiapa sahaja penceramah bagi memastikan adanya kesatuan pemikiran dan tidak timbul kecelaruan dalam pemikiran rakyat Terengganu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Turut hadir Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda dan Yang Dipertua Maidam Datuk Osman Muda.
Pada 16 Julai 2016, Terengganu mengikut jejak langkah negeri Johor apabila mengeluarkan larangan ke atas Mohd Asri daripada mengadakan ceramah di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
Larangan itu berdasarkan sepucuk surat bertarikh 5 Julai 2016 yang ditandatangani Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu selaras dengan Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Tauliah (Terengganu) 2013.
Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan sebab atau alasan larangan itu dikeluarkan ke atas Mohd Asri, lapor Bernama.
Larangan itu turut dikenakan ke atas sesiapa sahaja agar tidak mengundang Mufti Perlis itu sebagai penceramah dalam sebarang program di negeri ini.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...