Skip to main content

Kesusahan jadi pendorong


SERDANG -- Kesusahan keluarga dan semangat daripada ibu bapa mendorong seorang pemuda kurang upaya (OKU) menguatkan azam ​​​​​​​untuk berjaya dalam pelajaran sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian.
Suhazli Muhamad, yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak tekad merubah kekurangan keluarga dan percaya melalui pendidikan adalah aset terbaik dalam merealisasikan impian tersebut.
Sikap tidak mudah berputus asa atau menjadikan kekurangan fizikal sebagai halangan, akhirnya membolehkan pemuda berusia 26 tahun dari Ketereh, Kelantan itu mampu ‘berdiri’ sebaris dengan graduan normal lain.
“Saya datang dari keluarga susah, ibu dan bapa hanya bekerja menjual hasil pertanian yang dikumpul dengan pendapatan tidak seberapa.
“Dalam serba kekurangan, saya jadikan kesusahan itu sebagai dorongan untuk melanjutkan pelajaran dan memilih universiti ini sebagai medan mengubah kehidupan,” katanya ketika ditemui pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42 di sini.
Suhazli, yang juga alumni UPM dalam Ijazah​​​​​​​ Sains Komputer merupakan antara 6,973 graduan yang menerima Ijazah Kedoktoran (PhD), Sarjana, Ijazah dan Diploma masing-masing pada istiadat yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Anak bongsu daripada lapan adik beradik itu turut berkongsi kejayaan dengan pihak universiti yang banyak membantunya sepanjang sesi pengajian.
Beliau berkata keprihatinan Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyediakan van untuk membawanya ke kelas dari asrama setiap hari amat dihargai selain rakan-rakan yang datang membantunya belajar ketika di asrama.
“Sebagai orang kurang upaya, saya sedar penguasaan ilmu di tahap paling tinggi mampu merubah nasib seseorang, dan sebab itu saya tekad untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat PhD selepas ini,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Perdana Menteri.
Bagi Kelvin Niyok, 21, pula, penglibatan keluarga dalam bidang pertanian mendorongnya untuk mendalami ilmu berkaitan pertanian di peringkat institusi pengajian tinggi.
Pemuda kaum Penan dari Ulu Baram, Miri, Sarawak yang menamatkan pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Pertanian itu berkata rutin harian ‘bermain’ dengan selut dan lumpur memberi semangat kepadanya untuk menguasai ilmu tersebut sebagai platform mengubah nasib keluarga pada masa depan.
“Atas sebab itu, saya kini meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian di UPM, satu persedian untuk menceburi bidang pertanian secara lebih serius selepas ini,” kata anak ketiga daripada empat adik beradik itu.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...