Skip to main content

Larangan merokok di Parlimen tidak akan ditarik balik


KUALA LUMPUR -- Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan menarik semula keputusan melarang perbuatan merokok dan pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen, kata  menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya beliau bersama Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, Ketua Unit Kawalan Tembakau KKM Dr Nor Aryana Hassan dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Dr Norhayati Rusli telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof, ketika melakukan kunjungan hormat pagi tadi.

"Susulan perjumpaan itu, KKM menyampaikan pendirian bahawa pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen adalah selaras dengan Artikel 8 WHO FCTC iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya dalam satu kenyataan media.

Dr Dzulkefly berkata penguatkuasaan peraturan itu menunjukkan bahawa melindungi kesihatan rakyat adalah penting dan ia mesti bermula dengan institusi Parlimen, justeru, KKM tidak akan menarik semula keputusan pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen.

"Bagaimanapun hasil pertemuan itu, mesyuarat bersetuju untuk menyediakan ruang merokok alternatif sementara di luar bangunan Parlimen sehingga satu ruang merokok alternatif tetap di luar bangunan Parlimen disediakan," katanya.

Sementara itu, katanya, dalam usaha mencapai sasaran ‘sifar rokok’ dalam bangunan Parlimen dan kafeteria di dalam premis Parlimen, KKM dengan kerjasama rakan kongsi perkhidmatan berhenti merokok mQuit telah segera menyediakan perkhidmatan bantuan rawatan berhenti merokok melalui tawaran ubatan permulaan di ruang legar bangunan Parlimen.

Perkhidmatan saringan nafas CO dan fungsi paru-paru juga ditawarkan secara percuma, jelasnya.

Kementerian Kesihatan mewartakan kawasan Parlimen sebagai zon larangan merokok berkuat kuasa Isnin lepas, dan seorang anggota Parlimen adalah antara lapan individu yang diberi notis kesalahan merokok di dalam bangunan itu.

Bagaimanapun anggota Parlimen meminta penguatkuasaan itu dikaji semula kerana dilihat bercanggah dengan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) mengemukakan Peraturan Mesyuarat 18, sebaik sahaja sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat pagi ini tamat, memohon Speaker Dewan Rakyat membuat keputusan atau 'petua' mengenai perkara berkenaan, lapor Bernama.

Menurut Johari seorang menteri tidak berhak mengeluarkan sebarang notis di Parlimen tanpa berbincang dengan speaker.

Cadangan itu turut disokong beberapa anggota Parlimen lain termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang berkata bahawa tidak ada mana-mana pegawai penguat kuasa boleh berlegar-legar di kawasan Parlimen mencari kesalahan wakil rakyat melainkan dengan kebenaran speaker.

Mengulas permintaan anggota parlimen itu, Mohamad Ariff berkata beliau akan mengeluarkan ‘petua’ setelah mengkaji segala aspek Peraturan Mesyuarat dan undang-undang berkaitan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...