Skip to main content

Mahkamah bagi kebenaran jual Equanimity


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Admiraliti di sini pada Jumaat membenarkan permohonan oleh kerajaan untuk melantik broker pusat dan penilai antarabangsa untuk mengendalikan penjualan  kapal mewah  'Equanimity' yang dikatakan milik ahli perniagaan yang sedang  diburu Low Taek Jho atau Jho Low.
Peguam Sitpah Selvaratnam, yang mengetuai pasukan perundangan  untuk kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata broker pusat itu kini boleh mula membuat kertas kerja yang diperlukan untuk memasang iklan dan memorandum maklumat untuk bakal pembeli mengenai spesifikasi dan keadaan kapal itu.
"Kami menjangkakan kapal akan dijual dalam  beberapa minggu akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar permohonan perintah penjualan kapal itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris di kamarnya pada Jumaat.
Ahli  perundangan  lain yang hadir di mahkamah ialah peguam Jeremy M. Joseph, Ong Chee Kuan, Vinodhini Samuel, mewakili 1MDB dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching yang bertindak mewakili kerajaan.
Sitpah juga berkata mereka berharap Equanimity  akan dijual kepada pemilik baharunya  pada awal Disember.
"Sudah tentu, kita tahu ini adalah pasaran yang khusus dan jumlah pembeli berpotensi di luar sana adalah kecil. Tetapi kami berharap akan  mendapat pembelian yang baik, dan yang  boleh diterima oleh mahkamah, "katanya.
Sitpah berkata broker dan pentaksir yang dilantik mempunyai reputasi antarabangsa dan terkenal di kalangan industri kapal layar, lapor Bernama.
Ketika ditanya tentang harga, peguam itu berkata, "Kami belum tahu. Ia maklumat sulit ".
Ditanya sama ada Jho Low atau syarikatnya telah membuat permohonan untuk menuntut kapal di mahkamah, Sitpah berkata, "Tidak, tiada sesiapa yang secara rasmi datang kepada kami".
Pada 24 Ogos, Mahkamah Admiralti membenarkan  permohonan kepada  kerajaan serta 1MDB dan dua anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited untuk menjual Equanimity.
Dalam permohonan yang difailkan pada 23 Ogos, empat plaintif  menamakan pemilik kapal, Equanimity of Cayman Islands, sebagai defendan dalam saman yang difailkan melalui firma undang-undang Jeremy Joseph & Partners.
Dalam notis permohonan itu, empat plaintif memohon  penjualan kapal, bunker, bahan api, pelincir dan bahan lain di atas kapal itu dijalankan melalui tender awam atau perjanjian peribadi oleh sheriff Mahkamah Admiralti.
Plaintif memohon supaya pihak  sheriff menerima tawaran atau penawaran untuk kapal dan bunker untuk harga belian yang akan dibayar kepada sheriff dalam dolar AS atau euro atau ringgit.
Mereka berkata hasil penjualan kapal itu perlu dibayar ke mahkamah dan diletakkan di dalam akaun bank di Malaysia seperti yang diluluskan oleh pihak  Akauntan Negara.
Kapal mewah itu dibawa ke Pelabuhan Klang pada 7 Ogos setelah pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada  Malaysia.
Ia dirampas dari Bali pada bulan Februari atas permintaan pihak berkuasa  Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan oleh Jabatan Keadilan Ameriak Syarikat (DoJ) ke atas 1MDB. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...