Skip to main content

Majikan diingat tidak halang pekerja tunai solat Jumaat


SEREMBAN -- Majikan di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak menghalang pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J. Arul Kumar berkata perbuatan menghalang pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat jelas menafikan hak pekerja berkenaan.
"Berikan pekerja kelonggaran dan jadual waktu untuk solat Jumaat. Majikan boleh menyusun atur waktu bekerja bagi membolehkan pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat dan selesai solat boleh balik bekerja," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS), S. Tharu Marajan.
Mengenai isu majikan potong gaji pekerja dari Bangladesh kerana solat Jumaat yang tular di facebook Isnin lepas, beliau berkata JTKNS telah menjalankan siasatan ke atas majikan terbabit pada Selasa lepas serta telah menemuduga tiga pekerja Bangladesh yang terpapar dalam 'posting' tersebut.
"Siasatan mendapati pekerja asing ini diberi tiga jam rehat untuk solat pada hari Jumaat dan tiada sebarang potongan atau pun pengurangan gaji untuk waktu tersebut. Waktu kerja biasa pada hari Jumaat dianjak hingga 6.30 petang bagi menggantikan dua jam rehat tambahan yang diberikan kepada mereka untuk solat. Dalam perkara ini tiada isu apa pun dan majikan mematuhi Seksyen 60A Akta Kerja 1955, cuma salah tafsir.
"Kebanyakan pekerja asing Bangladesh ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Pekab Labu dan pekerja asing yang ditemui memaklumkan bahawa mereka menggunakan basikal untuk ke masjid dan sekiranya hujan, mereka akan menggunakan teksi. Kita telah berbincang dengan majikan agar menyediakan pengangkutan kepada pekerja untuk ke masjid pada hari hujan," katanya.
Katanya majikan dalam isu ini adalah sebuah kilang membuat tilam yang beroperasi di Batu 9, Jalan Labu dan menggajikan 36 orang pekerja yang terdiri dari 16 orang pekerja tempatan dan 20 orang pekerja asing (19 Bangladesh dan seorang Indonesia).
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pejabat Daerah dan Tanah Seremban akan menjalankan operasi besar-besaran penangkapan lembu dan kerbau yang berkeliaran di kawasan awam di daerah Seremban.
Katanya penangkapan lembu dan kerbau ini akan dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan tanpa sebarang notis.
Katanya tindakan penangkapan lembu dan kerbau ini dibuat kerana pihaknya telah menerima banyak aduan ternakan terbiar sepanjang jalan utama di Pekan Mantin dan taman perumahan, lapor Bernama.
"Malah, dalam kejadian Ahad lepas, dua orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin yang menunggang motosikal maut akibat terlanggar haiwan semasa melalui jalan dari Desa Pinggiran Bayu, Mantin ke Kampung Sungai Jai. Manakala pada 8 Okt lepas, empat ekor kerbau dijumpai mati dihadapan Sekolah Kebangsaan Mantin akibat dilanggar kenderaan. Dalam kedua-dua kejadian itu, pemilik tidak mengaku haiwan ternakan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemilik haiwan ternakan di daerah Seremban supaya tidak menyalahkan pihak berkuasa apabila tindakan (menangkap) diambil ke atas haiwan ternakan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...