Skip to main content

Mekanisme salur dana bantu negeri pembangkang


KUANTAN, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan sedang mengkaji satu mekanisme terbaik bagi menyalurkan dana pembangunan kepada empat negeri yang ditadbir oleh pembangkang untuk memastikan negeri berkenaan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmi Ali berkata adalah menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan pembangunan yang dilakukan di semua negeri dilakukan secara adil dan saksama khususnya di negeri yang tertinggal dalam konteks pembangunan negara.
“Walaupun ada negeri yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi kita mesti dilihat berlaku adil untuk pembangunan di negeri berkenaan demi kepentingan rakyat.
“Cumanya kita masih mengkaji mekanisme dan kaedah penyampaian yang sesuai untuk memastikan dana pembangunan itu disampai telus kepada rakyat yang memerlukan khususnya di kawasan luar bandar,”katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian kepada pemberit selepas menghadiri Majlis Pidato Malaysia Baharu di Dewan Dagangan Indera Mahkota di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang juga Menteri Luar.
Perbincangan awal tentang perkara itu telahpun dilakukan dalam Mesyuarat Majlis Presiden pada pada hari ini dan akan diteliti lebih rapi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mekanisme bakal diperkenalkan itu nanti tidak mewujudkan situasi dua kerajaan seperti yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan BN sebelum ini.
“Contohnya royalti minyak Terengganu disampaikan kepada rakyat dalam bentuk wang ihsan, namun ia tidak telus dan hanya dikuasai oleh pemimpin-pemimpin UMNO di kawasan berkenaan.
“Kita tidak mahu mereka menguasai dana kerajaan kerana peruntukan itu adalah untuk rakyat dan mekanisme baharu itu adalah untuk memberi impak pembangunan di kawasan berkenaan,”katanya.
Dalam mesyuarat yang sama, katanya beliau mengetengahkan cadangan untuk memberikan hak kepada rakyat untuk menentukan bentuk pembangunan yang dikehendaki di kawasan mereka dan bukan lagi sepenuhnya ditentukan oleh kerajaan.
Katanya amalan itu telahpun dilakukan di Selangor sebelum ini di mana persatuan penduduk, persatuan belia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diberikan hak untuk menentukan perbelanjaan sebanyak 20 peratus daripada peruntukan yang diberikan kepada berkuasa tempatan (PBT),
“Rakyat mesti rasai mereka juga sebahagian daripada pembangunan, walaupun bukan keseluruhan… ini kerana mereka lebih memahami bentuk pembangunan yang diperlukan di kawasan yang berkenaan.
“Saya telah cadangkan di peringkat Mesyuarat Majlis Presiden dan akan diputuskan di peringkat kabinet,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...