Skip to main content

MIC bantu kempen Isa Samad?


PORT DICKSON -- Calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad mendakwa beliau menerima bantuan dan sokongan daripada MIC dalam berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata terdapat beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu turun berkempen khususnya dalam mendekati pengundi kaum India di kawasan Parlimen tersebut.
“Ada kawan-kawan dalam kalangan pemimpin MIC di Port Dickson turun membantu saya mendekati pengundi India di sini, “ katanya pada sidang media di Kampung Bagan Pinang, di sini, hari ini.
Kawasan Pilihan Raya Parlimen Port Dickson mempunyai 75,212 pemilih berdaftar dengan 21.41 peratus terdiri daripada kaum India, Melayu (42.35%), Cina (33.81%) dan 2.43% terdiri daripada lain-lain kaum.
PRK itu pada 13 Okt ini akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), PAS dan lima calon Bebas.
PH diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 71, manakala calon PAS ialah Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazri Mokhtar, 57.
Sementara dua calon Bebas terdiri daripada Mohd Isa, 69 dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 33.
Tiga lagi calon Bebas lain ialah Stevie Chan Keng Leong, 51, Lau Seck Yen, 51, dan Kan Chee Yuen, 45.
PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi menewaskan calon BN dan PAS.
Pada 24 Sept lalu, BN sebulat suara memboikot PRK itu dengan tidak meletakkan calon kerana menyifatkan pertandingan berkenaan semata-mata memenuhi cita-cita politik individu dan cara pengosongan kerusi itu tidak demokratik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...