Skip to main content

Mimpi suami meninggal dunia dua minggu sebelum kejadian


KUANTAN -- Isteri kepada Mohd Fatah Hashim, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi lemas di Puchong semalam, tidak menyangka mimpi buruk tentang kematian suaminya yang dialami sejak dua minggu menjadi kenyataan semalam.
Nur Nadia Kamaludin, 29, berkata, dia berulang kali mimpi berkenaan dan pernah menceritakan tentang perkara itu kepada suaminya, namun Mohd Fatah, 34, hanya ketawa.
"Suami hanya menganggap itu mainan tidur dan saya tidak menyangka perkara yang saya takuti itu (kematian suami) akhirnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Beserah, di sini petang ini.
Turut mengiringi jenazah, Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Nor Hisham Mohammad dan kira-kira 200 orang ahli keluarga, rakan sekerja serta kenalan.
Nadia yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya iaitu Nur Medina Aisyah, tiga tahun dan Muhammad Meqa Al Asyraf, setahun setengah pernah berkongsi tentang perkara itu dengan ibu angkat mereka, Mistira Basir, 68.
Ketika itu, suaminya sedang menjalani kursus penyelamatan di air selama seminggu di Pulau Perhentian, Terengganu bulan lalu.
Namun ibu angkatnya yang tinggal berhadapan dengan rumahnya di Kampung Delik, Pelabuhan Klang, Selangor menasihatinya supaya banyakkan berdoa untuk keselamatan suaminya itu.

"Saya hanya mengetahui kejadian yang menimpa suami menerusi salah seorang isteri anggota bomba, apabila saya telefon balai, mereka cuma maklum ada sedikit masalah.
"Mungkin pegawai tak sampai hati nak bagi tahu saya, beliau hantar anggota ke rumah untuk memberitahu tentang kejadian itu," katanya.
Nor Nadia berkata kali terakhir bertemu suaminya itu pada 11 pagi semalam ketika Mohd Fatah pulang ke rumah untuk makan tengah hari.
Arwah sempat mencium kedua-dua anaknya sebelum kembali bekerja dan dilihat lebih banyak berdiam diri sejak kebelakangan ini, walaupun beliau seorang yang periang.
Mohd Fatah salah seorang daripada enam anggota bomba yang lemas ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat seorang remaja, 17 tahun di Taman Putra Perdana, Puchong malam semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...