Skip to main content

Minyak RON95 yang masih murah untuk rakyat tahun depan


KUALA LUMPUR -- Kerajaan sedang menilai penyelesaian subsidi minyak RON95 yang lebih seimbang pada tahun hadapan apabila ia tidak terlalu membebankan negara dan pada masa yang sama, masih murah untuk rakyat.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerajaan sedang membincangkan peruntukan subsidi bagi 2019, termasuk subsidi bahan api, yang dijangka akan diumumkan semasa Bajet 2019 pada 2 November nanti.
"Kami masih merangka (Bajet 2019). Kami masih belum menentukan nilainya (untuk subsidi)… mungkin akan ada peningkatan atau pengurangan (dalam subsidi bahan api). Semuanya akan diumumkan di Parlimeni (semasa Bajet 2019). Kami sedang membuat penilaian bagaimana kesannya ke atas ekonomi negara.
"Kami juga sedang berusaha bagi menurunkan status Malaysia sebagai negara pengguna. Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat (dalam Bajet 2019) memandang Malaysia sedang bergerak ke arah negara pengeluar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Beautyexpo 2018.
Beautyexpo 2018 yang dianjurkan oleh UBM Asia, bakal menyaksikan penyertaan lebih daripada 380 pempamer tempatan dan antarabangsa yang mewakili pelbagai jenama dalam bidang kecantikan, rambut, kuku, alat solek, pendidikan, bahan semula jadi, kesihatan serta kosmetik halal dari 30 buah negara termasuk Jerman, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. 
Acara selama empat hari yang bermula hari ini, dijangka akan menarik 17,500 pengunjung unik yang mencari penyumberan produk, rangkaian dan bagi menyertai program industri yang meliputi semua aspek dalam industri kecantikan.
Ekspo ini disokong oleh persatuan kesihatan dan kecantikan yang terkemuka seperti Persatuan Ahli Estetik Antarabangsa, Persatuan Spa Malaysia, AllStar Barber Connection dan Persatuan Kerjasama Cosbeauty Korea.
Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Kumpulan UBM Asia (Perniagaan ASEAN), M.Ghando berkata Asia Tenggara terus kekal menjadi pasaran pertumbuhan sektor kecantikan dan kosmetik.
"Menurut Euromonitor, pasaran kosmetik dan produk penjagaan diri di negara-negara ASEAN akan terus berkembang pada kadar purata sebanyak 4.0 peratus setahun sehingga mencecah US$19 bilion (US$1 = RM4.14) menjelang 2019.
"Platform ini (Beautyexpo 2018) mempamerkan produk-produk antarabangsa, arah aliran pasaran semasa dan inovasi terkini termasuk  menyediakan pengalaman yang lancar bagi pembeli perdagangan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...