Skip to main content

MYTV diminta beri penjelasan


KUALA LUMPUR -- MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) perlu mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan kedudukan sebenar syarikat itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Beliau berkata penting untuk MYTV ​​​​​selaku pembekal perkhidmatan siaran kepada masyarakat untuk mengambil serius aduan gangguan siaran yang dibuat dan memberikan maklumat balas yang berkesan.
“Perlu jelaskan kedudukan mereka dengan cepat, nyatakan masalah yang berlaku dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya,” kata beliau dalam catatan di laman Twitter.
Gobind berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan laporan berkenaan masalah MYTV dan menyerahkan kepadanya secepat mungkin.
Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada pertanyaan seorang pengguna Twitter @niniey_rashid yang ingin tahu sama ada MYTV hendak dihapuskan, dan mendakwa siaran saluran itu telah terganggu selama seminggu di Kelantan.
@ssafuan01 pula ingin tahu berapa lama lagi gangguan siaran MYTV akan berterusan.
Pada 11 Okt lepas, SKMM dalam satu kenyataan menjelaskan perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) yang mengalami gangguan pada tarikh itu adalah disebabkan beberapa isu komersial yang tidak dapat diselesaikan antara MYTV Broadcasting dan vendornya.
Bagaimanapun, menurut SKMM penonton masih boleh menonton perkhidmatan televisyen percuma itu melalui platform analog semasa.
Menjawab soalan @DonZukri mengenai monopoli MYTV, Gobind berkata perkara itu kini dalam perhatian kementerian.
MYTV dilantik oleh kerajaan untuk membangun dan mengendalikan infrastruktur serta rangkaian perkhidmatan DTT di Malaysia bagi membolehkan sistem penyiaran negara beralih daripada analog kepada digital.
Sementara itu, laman web MYTV mengesahkan siaran DTT mengalami gangguan di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak dan usaha sedang diambil untuk mengembalikan siaran dalam tempoh terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...