Skip to main content

Najib, mana RM39.7 juta untuk sekolah Tamil


KUALA LUMPUR -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sekali lagi menempelak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat cuba mengalihkan perhatian berhubung peruntukan untuk sekolah Tamil di negara ini.
Beliau berkata Najib perlu menjawab persoalan yang lebih utama berhubung misteri 'peruntukan' RM39.7 juta bagi 13 sekolah Tamil yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan Kabinet.
“Jangan lari daripada tajuk kerana beliau telah dipersoalkan tentang duit misteri yang diberikan kepada sekolah Tamil yang ditanya ke mana ghaibnya duit itu di zaman beliau menjadi perdana menteri. Jadi beliau perlu jawab dan jangan alihkan isu ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Pek Kembali ke Sekolah McDonald’s Malaysia.
Pada 26 Okt, portal Malaysiakini melaporkan bahawa pemeriksaan Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Kewangan mendapati kabinet BN tidak meluluskan sebarang peruntukan yang diumumkan ​​​​​​​kepada sekolah terbabit yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.
Ia dibangkitkan oleh Majlis Lembaga Sekolah-sekolah Tamil Malaysia (MAST) setelah peruntukan itu masih belum diterima sehingga kini.
Sebelum ini Najib dan Maszlee saling berbalas kenyataan apabila Najib terlebih dahulu memuat naik posting di Facebook semalam yang menyindir Maszlee berkenaan kenyataan beliau di Parlimen mengenai ​​​​​​​pendidikan di Malaysia ‘hampir percuma’ dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti.
Maszlee turut membalas sindiran itu di Facebook hari ini dengan berkata pendidikan ​​​​​​​percuma ​​​​​​​boleh dikecapi sekiranya pemimpin tidak menggunakan duit rakyat untuk membeli barangan​​​​​​ mewah bagi ​​​​​​​isteri dan keluarga.
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak profesional apabila lari daripada ​​​​​​​temu bual dalam sebuah program bersama hos Al-Jazeera, Mary Ann Jolley.
“Beliau perlu bertanggungjawab apabila memalukan negara dengan cabut lari daripada wawancara Al-Jazeera. Beliau sebagai mantan perdana menteri telah menunjukkan sikap tidak gentleman dan tidak profesional,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Maszlee menggesa sektor swasta​​​​​​​ untuk terus ​​​​​​​memainkan peranan dalam menyumbang kepada sektor pendidikan negara, lapor Bernama.
“Di Kementerian Pendidikan, kami mementingkan Perkongsian Awam Swasta (PPP) ke arah penglibatan masyarakat, sektor awam dan sektor swasta melalui program permuafakatan serta perkongsian pintar,” katanya.
Menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR), lebih 17,000 kanak-kanak daripada golongan miskin bandar di seluruh negara menerima ​​​​​​​sumbangan berupa set pakaian seragam, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah bernilai RM1.7 juta yang ditaja oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...