Skip to main content

Najib salah guna sistem pentadbiran untuk merompak


KUALA LUMPUR -- Sistem pentadbiran Malaysia telah disalahgunakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan kuasanya untuk merompak negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sistem itu mungkin sama tetapi pemimpin itu berbeza, sistem berkenaan digunakan oleh lima perdana menteri sebelum ini dan tiada pertuduhan rasuah berskala itu terhadap kesemua empat pemimpin tersebut.
“Tetapi sistem itu disalahgunakan. Apa yang dilakukannya ialah menggunakan kuasa untuk mencuri wang,” kata Dr Mahathir pada program Hardtalk BBC semasa wawancara di London. Program selama 20 minit itu disiarkan pada Selasa.
Bercakap kepada peneraju program berkenaan, Zeinab Badawi, perdana menteri berkata terserah  pada mahkamah untuk memutuskan pertuduhan terhadap Najib.
Najib kini berdepan 21 pertuduhan, dengan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion, dan empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikreditkan ke dalam akaun peribadinya.
Pada Ogos lepas, Najib menghadapi empat pertuduhan berkaitan salahguna kuasa dan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Najib mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
“Kini cukup bagi kami mengenakan pertuduhan terhadap beliau dan terpulang kepada mahkamah menentukan sama ada bukti kami betul atau penafiannya betul,” kata Dr Mahathir, lapor Bernama.
Semasa wawancara itu, Zeinab mengajukan beberapa soalan berat mengenai keputusannya kembali memegang jawatan perdana menteri dan bekerja dengan parti pembangkang ketika itu pada Pilihan Raya  Umum ke-14 (PRU14) lepas dan hubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan afirmatif, memerangi rasuah dan kerajaan baharu Pakatan Harapan.
Dr Mahathir berada di United Kingdom untuk lawatan kerja siri kedua dari 29 Sept hingga 1 Okt, selepas menghadiri sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Lawatan kerja siri pertama ke United Kingdom berlangsung dari 21 hingga 25 Sept.
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata kerugian berbilion ringgit semasa kali pertama beliau memegang jawatan perdana menteri, adalah disebabkan perdagangan mata wang asing pada masa itu.
“Pada masa itu, mereka tidak membuktikan saya mengambil sebarang wang, tetapi kami kehilangan  wang kerana beberapa orang kita terlibat dengan perdagangan mata wang dan mereka mengalami kerugian, ” katanya
Kepada soalan yang beliau membawa masuk ‘pemimpin lama’ dalam pentadbirannya, perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata beliau memerlukan mereka yang berpengalaman bagi membantu beliau mentadbir negara.
“...jadi, jika saya tidak dapat membawa masuk mereka yang pernah berkhidmat dengan saya, maka saya harus bergantung kepada mereka yang tiada pengalaman. Mereka yang bekerja dengan saya, mereka ini mempunyai pendapat yang sama tentang kerajaan Najib. 
“Jadi, mereka mahu bergabung, membentuk pakatan dan menumbangkan Najib,” kata Dr Mahathir.
Menjawab soalan mengenai hubungannya dengan Anwar, perdana menteri berkata mereka berdua sudah melupakan masa lalu.
“Saya perlu bekerjasama dengan beliau (Anwar) untuk menumbangkan Najib sebagai perdana menteri, jadi kami berdua memutuskan untuk melupakan masa lalu kerana perkara itu jauh lebih penting untuk diberikan tumpuan dan tidak lebih dari itu,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...