Skip to main content

Oktoberbest tak ada kaitan dengan pesta arak?


KUALA LUMPUR -- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming bertindak menjelaskan kepada persidangan Dewan Rakyat hari ini mengenai pesta Oktoberbest yang kerap disalah takfsir sebagai pesta arak, bagi meredakan perbalahan beberapa anggota Parlimen berkaitan acara tersebut. 
Nga, yang mempengerusikan sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 petang ini, bertindak membacakan sejarah “Oktoberfest” kepada anggota dewan dan berkata sambutan Oktoberfest dan pesta arak adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. 
Katanya Oktobersfest yang berasal dari Jerman adalah sebuah program diraja. 
"Sejarah Oktoberfest.  Putera Mahkota Ludwig, yang kemudian menjadi Raja Ludwig I, telah berkahwin dengan Puteri Therese dari Saxony (Saxony-Hildburghausen) pada 12 Oktober 1810. Warga Munich diundang untuk menghadiri perayaan yang diadakan di lapangan di depan pintu kota untuk merayakan majlis diraja dengan meriah.
“Sejarah ‘Oktoberfest’ adalah program diraja di Jerman tetapi apabila diterjemahkan menjadi pesta arak ia membawa maksud lain. Ini sedikit yang saya betulkan rekod,” katanya.
Terdahulu, anggota Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan perkara itu dalam perbahasannya, dan menyifatkan pesta arak “Oktoberfest” adalah satu budaya yang tidak sesuai dipromosi di negara ini kerana ia boleh merosakkan akhlak rakyat.
“Apakah nilai yang kita perlu tanam kepada rakyat? Saya fikir semua agama tidak bersetuju membudayakan minum arak ini, tidak ada agama yang setuju, tidak ada kajian yang mendorong kepada kebaikan.
“Nilai ini tidak sesuai dengan budaya tempatan dan tidak sesuai dipromosi besar-besaran hingga menjadikan suatu fenomena bagi negara kita,” katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak dipersetujui kalangan anggota Parlimen lain.
Anggota Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai dalam menyuarakan rasa tidak bersetujunya dengan tindakan mengaitkan ‘Oktoberfest’ yang dianjurkan oleh Persatuan Malaysia-Jerman di Pulau Pinang baru-baru ini sebagai pesta ara​​​k.
Katanya pesta itu adalah satu pesta kebudayaan antarabangsa seperti ‘Thai Festival’.
“Orang Jerman merupakan pelabur yang besar di Malaysia dan di negeri-negeri tertentu… sekiranya ia satu festival antarabangsa seperti anjuran Malaysian-German Society, saya rasa ia bukan satu masalah,” katanya.
Kenyataan Wong dibantah Anggota Parlimen Pendang Awang Hashim yang berpendirian sekiranya ‘Oktoberfest’ dianjurkan ia dikhuatiri membawa pelbagai keburukan seperti gangguan seksual

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...