Skip to main content

Operasi SAR Paya Terubong ditamat


GEORGE TOWN -- Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong di sini ditamatkan  dengan sembilan pekerja asing disahkan maut manakala lima yang lain cedera dalam kejadian itu.
Operasi SAR yang dijalankan sejak kejadian pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat lepas itu berjaya menemui sembilan mayat terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar.
Operasi yang melibatkan lebih 200 anggota penyelamat serta unit anjing pengesan (K9) bomba di kawasan seluas 9290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) itu ditamatkan petang ini selepas tiada lagi tanda-tanda menunjukkan terdapat mangsa di kawasan tiga sektor pencarian.
”Pukul 6 petang ini operasi SAR ditamatkan setelah pasukan penyelamat dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) bomba tidak menemui sebarang tanda terdapat mayat mangsa di kawasan itu setelah semua timbunan tanah di tiga lokasi tanah runtuh itu dialihkan,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhtar.
Dua mayat ditemui pada Jumaat, dua lagi mayat ditemui pada Sabtu manakala tiga mayat ditemui pada Ahad dan dua lagi mayat ditemui semalam. 
Mereka yang maut dikenali sebagai Samsul Asman, 19, (Indonesia); Bahtiar, 36, (Indonesia); Subaeri, 34, (Indonesia); Attarul, 35 (Bangladesh); Mustak Hossain, 25, (Bangladesh); Mithu Hossain, 30, (Bangladesh); Mohamad Jalil, 31 (Bangladesh); Mohamad Uzzal, 33, (Bangladesh) dan Khin Aye Khaing, 33, (wanita Myanmar).
Mereka yang cedera pula ialah Shamim, 24, (lelaki Bangladesh) yang masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan tiga wanita iaitu dua Indonesia Wa Iri, 36, yang merupakan isteri kepada Bahtiar yang mengandung empat bulan; dan Laduma serta seorang wanita Kemboja yang dikenali sebagai Norazizah, 24, yang juga isteri kepada Subaeri.

Sejak kejadian tanah runtuh itu, 10 orang dilapor hilang dikhuatiri tertimbus dan operasi mencari dan menyelamat yang berjalan selama lima hari berjaya menemui sembilan mayat mangsa di bawah  runtuhan tanah itu  manakala seorang lagi lelaki Bangladesh yang dikenali sebagai Mohamad Rahaz, 25, gagal ditemui.
Beliau berkata laporan kehilangan Mohamad Rahaz diterima daripada rakannya dan pasukan penyelamat telah melakukan pencarian di segenap kawasan yang runtuh itu termasuk dalam 13 kontena yang ditemui, tetapi tiada sebarang petunjuk yang diperolehi.
"Selepas Operasi SAR yang masuk hari  kelima hari ini, pasukan penyelamat masih gagal mengesan mayat mangsa ke-10 itu," katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata kerja-kerja pengalihan tanah oleh jentolak selesai pukul 5 petang dan unit anjing pengesan mengambil masa kira-kira satu jam untuk membuat pengesanan dan pembersihan akhir tetapi tetap gagal mengesan sebarang petunjuk.
Tanah runtuh di tapak projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan 13 kontena dan rumah kongsi penempatan pekerja asing projek itu tertimbus.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...