Skip to main content

Pahang, Perak diminta hentikan pembalakan di Camaron Highland


IPOH -- Kerajaan negeri Pahang dan Perak diminta menghentikan pengeluaran permit baharu bagi penerokaan tanah untuk tujuan pembangunan serta pertanian di Cameron Highlands.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata aktiviti penerokaan perlu dihentikan serta merta kerana kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan tanah tinggi itu sejak kebelakangan ini.
Katanya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah menitahkan kepada beliau  supaya kelulusan untuk semua aktiviti pembangunan dan pertanian di kawasan tanah tinggi berhampiran sempadan Perak dihentikan segera.
"Kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sudah biasa berlaku sekarang ini disebabkan penerokaan tanah yang semakin berleluasa.
"Saya meminta kerjasama daripada kedua-dua kerajaan negeri agar sering melakukan pemantauan di kawasan tanah tinggi tersebut," katanya kepada  pemberita selepas Majlis Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan yang disempurnakan oleh Sultan Nazrin Shah di Taman Reakreasi Gunung Lang.
Xavier berkata kajian mengenai kestabilan kawasan tanah tinggi itu perlu dilakukan secara menyeluruh sebelum tindakan susulan yang perlu dipersetujui oleh kedua-dua negeri.
Ini bagi memastikan kelestarian alam semula jadi di Cameron Highlands dapat dipelihara sekali gus tidak lagi terjejas dengan sebarang aktiviti penerokaan, katanya.
"Kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada kedua-dua negeri untuk menstabilkan kawasan itu daripada berlakunya kejadian tanah runtuh selain kerajaan negeri perlu menguatkuasakan segala aspek undang-undang di Cameron Highlands," katanya, lapor Bernama.
Semalam, satu kejadian tanah runtuh  berlaku di Batu 51, Kuala Terla menyebabkan jalan utama dari Kampung Raja ke Cameron Highlands terpaksa ditutup sementara bagi tujuan pembersihan dan dibuka semula untuk semua kenderaan pada 8.55 malam tadi.        
Satu kejadian tanah runtuh juga telah berlaku di Kampung Tiga, Terla, Cameron Highlands pada 14 Okt lepas yang mengakibatkan tiga warga Myanmar maut.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...