Skip to main content

Passport Malaysia banyak hilang di Thailand


BANGKOK -- Thailand antara negara yang merekodkan kehilangan pasport Malaysia paling tinggi dengan 90 peratus kehilangan dokumen itu dilaporkan berlaku di kawasan beli-belah utama di sekitar bandar raya ini.
Tahun lepas, sebanyak 124 pasport Malaysia dilaporkan hilang di negara ini manakala bagi tahun ini sehingga September lalu pihak Kedutaan Malaysia di sini menerima laporan 87 keping dokumen tersebut hilang daripada simpanan pemiliknya.  
“Kebanyakan kehilangan pasport negara ini berlaku di Pratunam, sebuah kawasan beli-belah terbuka  yang terkenal di tengah-tengah kota Bangkok. Kehilangan (pasport) juga berlaku di Chatuchak (pasar mingguan terkenal)," demikian menurut sumber kedutaan kepada Bernama baru-baru ini. 
Sumber yang memohon identitinya tidak didedahkan atas faktor bidang kuasa, berkata punca utama kehilangan pasport ialah kecuaian pemegang sendiri yang kadangkala terlalu leka membeli-belah sehingga  tidak sedar dokumen itu hilang. 
"Kerap kali rakyat Malaysia itu sendiri tidak menganggap pasport mereka sebagai dokumen yang amat  penting dan oleh itu tidak menjaganya dengan baik. Mereka meletakkan pasport di tempat yang mudah tercicir atau mudah dicuri," katanya.
Thailand merupakan antara destinasi pelancongan utama rakyat Malaysia dengan 3.3 juta  melawat negara ini tahun lepas menurut  Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.
Malah, rakyat Malaysia merupakan kumpulan pelancong asing kedua terbesar melawat Thailand selepas China yang menyumbang lebih sembilan juta pelawat tahun lalu.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata rakyat Malaysia perlu dididik untuk  melihat  pasport sebagai ‘nyawa kedua’ mereka setiap kali berada di luar negara.
Ditanya kemungkinan punca kehilangan pasport Malaysia yang tinggi di Thailand disebabkan dokumen itu menjadi sasaran sindiket penjenayah, sumber tersebut tidak boleh mengesahkan mahupun menolak  kemungkinan berkenaan. 
Bagaimanapun katanya pasport Malaysia ‘amat berkuasa’ dan tidak mustahil dokumen itu menjadi buruan sindiket penjenayah terutamanya yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan pasport antarabangsa.
Tahun lepas, The Henley Passport Index mengiktiraf pasport Malaysia sebagai antara paling berkuasa di dunia kerana pemiliknya dibenarkan memasuki 166 negara tanpa memerlukan visa.
Dalam satu temu bual dengan Bernama dua tahun lepas,  Pesuruhjaya Polis Imigresen Thailand Lt. Jen Nathathorn Proisoonthorn ketika itu mengakui  akan daya tarikan pasport Malaysia di mata sindiket pemalsuan pasport di Thailand.
Menurutnya, ini disebabkan pasport Malaysia memiliki kelebihan dan kemudahan tanpa visa yang amat diperlukan oleh pelanggan sindiket, terutamanya mereka dari negara seperti Sri Lanka, India, Bangladesh, Pakistan dan China.
Dua minggu lepas, seorang lelaki dari Sri Lanka ditahan pegawai Imigresen Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok kerana cuba menaiki penerbangan ke Perancis menggunakan pasport palsu Malaysia.
Thailand dengan industri pelancongannya yang pesat dikatakan antara pusat utama  sindiket pemalsuan  pasport dan dokumen perjalanan antarabangsa  di dunia. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...