Skip to main content

Pemilihan PKR dicemari "undi hilang"


KUALA LUMPUR -- Calon timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR tidak menjalankan tugas dengan cekap dalam proses pemilihan parti itu.
Katanya aduan berhubung permasalahan yang wujud ketika proses pemilihan yang bermula September itu masih diterima termasuk isu 'undi hilang'.
"Ya.. saya bersetuju dengan anda (wartawan) dan aduan terus diterima, tengok apa yang berlaku di  Selangor, undi hilang dan Ampang sahaja,1,100 undi hilang. Di bahagian saya sendiri sebanyak 800 undi hilang, anda boleh bayangkan jika undi ini dikira secara terbuka, pastinya jumlah undi saya lebih banyak daripada yang saya peroleh ketika ini… biar mereka (JPP) putuskan dan siasat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas  dakwaan terdapat penyelewengan dalam proses pemilihan parti selepas merasmikan penutupan Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah di sini, hari ini.
Katanya aduan tersebut perlu disiasat secara telus dan JPP mestilah bertindak sebagai satu badan bebas untuk mengendalikan pemilihan secara adil dan saksama.
"JPP tidak boleh dipengaruhi oleh tekanan tekanan politik oleh mana-mana pemimpin dan ia mesti menyiasat aduan ini secara telus dan sekiranya ada pihak yang mempunyai bukti yang kuat , harus kemukakan bukti ini kepada badan JPP bagi siasatan," katanya.
Ketika ditanya sama ada terdapat keperluan untuk menukar JPP berikutan pelbagai dakwaan tersebut, beliau secara berseloroh berkata hanya berbaki dua negeri sahaja lagi, merujuk kepada Sabah dan Sarawak yang belum melaksanakan pemilihan.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berharap proses pemilihan selepas ini lebih telus, dan menggalakkan anggota parti untuk keluar mengundi secara aman, lapor Bernama.
"Pada masa sama, JPP perlu memastikan semua kemudahan disediakan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...