Skip to main content

Pemilik gim dan pembantu cedera ditembak


SHAH ALAM -- Seorang pemilik gimnasium dan pembantunya  cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat,  dalam satu kejadian di Jalan Bukit Kemuning, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata  kejadian berlaku kira-kira 10 pagi  ketika kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an yang menaiki sebuah kereta terbabit melalui jalan tersebut. 
“Mangsa (pemilik gimnasium) ketika itu memandu kenderaan berkenaan manakala pembantunya seorang lelaki warga Indonesia duduk di sebelah (pemandu).
“Ketika mereka melalui jalan ini, difahamkan datang sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang  dan kemudian memotong kenderaan mangsa sebelum seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa tembakan ke arah kereta Audi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata akibat tembakan itu, pemilik gimnasium mengalami kecederaan di bahagian pipi manakala pembantunya cedera di perut.
“Siasatan ke atas kenderaan mangsa, menemukan tujuh kelonsong peluru dan kita percaya mangsa ditembak dari jarak dekat iaitu dari arah sisi pemandu  menggunakan pistol jenis semi-auto.
“Buat masa ini polis belum dapat mengenal pasti motif sebenar kejadian, identiti suspek serta berapa ramai suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan ini,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...