Skip to main content

Pemimpin DAP diingatkan jangan kejar pingat dan gelaran


KUALA LUMPUR -- Pemimpin DAP diingatkan supaya terus mengekalkan budaya dan pendirian parti untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengharap atau mengejar sebarang bentuk penghargaan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sekiranya wakil rakyat DAP mahukan penghargaan, ia harus datang daripada rakyat sendiri yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan mereka.

“Kita nak fokus kepada rakyat. DAP tak mahu melihat kita menjadi macam Barisan Nasional (BN) yang dilihat ada banyak yang terkejar-kejar nak jadi Datuk. Saya tak jadi Datuk tapi saya telah jadi pemimpin DAP selama ini. Itulah mesej yang kita nak sampaikan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pengurniaan pingat dan darjah kebesaran kepada anggota parti itu dari Sabah dan Melaka baru-baru ini.

“Kalau nak jadi seorang ahli politik yang rakyat percaya, yang penting kita mesti beri perkhidmatan kepada rakyat. Kita amat hargai pingat yang diberi tetapi yang penting ialah perkhidmatan kepada rakyat dan jangan kita bagi gambaran seperti kerajaan dahulu nak berebut-rebut untuk dapat pingat,” tegas Lim, lapor Bernama.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti yang membincangkan perkara itu, jelas tidak berpuas hati dengan penerimaan pangkat oleh anggota DAP dan menurutnya beliau turut menghargai keputusan beberapa anggota DAP yang menyatakan pendirian untuk menolak sebarang pingat yang ditawarkan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...