Skip to main content

Pencuri cuba rasuah polis RM15,000


KUALA LUMPUR -- Cubaan seorang lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal menawar sogokan RM15,000 kepada tujuh anggota unit rondaan cegah jenayah membawa padah apabila dia ditahan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini Khamis.
Susulan penahanan lelaki itu di parkir sebuah flat di lokasi berkenaan, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes curi motosikal sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, pasukan unit rondaan berkenaan mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan polis ke atas beg galas lelaki berusia 32 tahun itu menemukan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri motosikal serta 300 keping wang kertas RM50," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata lelaki itu berkali-kali merayu supaya anggota unit itu mengambil semua wang berkenaan dan melepaskannya.
Bagaimanapun, polis menahan lelaki itu yang berdegil menawarkan wang suapan walaupun berkali-kali diberi amaran bahawa perbuatan memberi rasuah kepada penjawat awam ialah satu kesalahan.
Mohamed Mokhsein berkata semakan ke atas motosikal yang dinaiki suspek mendapati ia dilaporkan hilang di Salak Selatan pada 12 Sept lepas.
Susulan itu, polis menemukan semula tiga lagi motosikal yang dilaporkan hilang dan menyelesaikan lima kes curi motosikal manakala hasil pemeriksaan di rumah lelaki itu, polis menemukan sepaket plastik berisi dadah disyaki pil kuda dengan anggaran berat lima gram," katanya.
Lelaki itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut kerana cuba menawarkan wang suapan. Dia kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, lapor Bernama.
Mohamed Mokhsein berkata beliau akan mencadangkan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim supaya tujuh anggota polis itu diberi penghargaan kerana menunjukkan integriti yang tinggi dengan menolak rasuah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...