Skip to main content

Penganggur berdepan hukuman mati sebab bunuh ibu


BALIK PULAU -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya, yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis, bulan lepas.

Mohammad Firdaus Ismail, 29, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bharu di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8.00 malam, 19 Sept lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh yang memakai baju t berwarna merah jambu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Sepanjang berada dikandang tertuduh, Mohammad Firdaus dilihat tenang dan sesekali dilihat ketawa ketika berbual dengan tertuduh lain yang turut dihadapkan di mahkamah itu.

Tertuduh yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pemetik epal di Australia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid memaklumkan akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi manakala peguam Edmund Antony Hermand memohon kebenaran kepada mahkamah untuk membawa Mohammad Firdaus ke hospital bagi membuat pemeriksaan berikutan terdapat sedikit pendarahan pada mata kiri tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Media pada 24 Sept lepas melaporkan berita mengenai penemuan mayat seorang wanita oleh menantu lelakinya sekitar pukul 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...