Skip to main content

Pengedar dadah tegar tak pernah serik ditahan


SEREMBAN -- Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ke-15 dalam serbuan di tepi jalan persimpangan Taman D’Pinggiran Kota Lukut, Port Dickson dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata ketika serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pukul 9.30 pagi itu, suspek yang duduk di atas motosikal telah bertindak mencampakkan barangan disyaki dadah ke atas rumput berhampiran jalan.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menemui 10 paket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kelabu disyaki dadah berbahaya jenis heroin.

“Suspek yang berusia 50an itu merupakan pengedar tegar ekoran telah ditahan sebanyak 15 kali  oleh pihak polis dan kini suspek direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 25 tahun yang terlibat dalam kes samun warga Pakistan di jalan Rumah Rakyat Kampung Sawah Bukit Pelandok dekat sini telah ditahan dalam satu operasi khas, semalam.

Aidi Sham berkata ketika serbuan ke atas suspek didapati barangan yang disamun telah ditemui bersama suspek, lapor Bernama.

“Dalam kejadian samun itu, mangsa seorang warga Pakistan ketika menaiki sebuah motosikal melalui kawasan berkenaan telah diarahkan berhenti oleh suspek yang mengacukan sebilah parang ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan duit dan barang milik mangsa.

“Wang tunai berjumlah RM50 dan dua buah telefon bimbit mangsa telah diambil suspek dengan anggaran kerugian sebanyak RM500, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 

Katanya suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...