Skip to main content

Penggodam sistem komputer imigresen tumpas


KUALA LUMPUR -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)  berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen imigresen dengan mengodam sistem imigresen Malaysia (MYIMMS) yang beroperasi di sebalik premis agensi pelancongan di Jalan Masjid India di sini pukul 7.30 malam tadi.

Ketua Pegarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata sindiket itu mengenakan bayaran RM15,000 kepada pekerja asing yang belum memasuki Malaysia dan RM1,500 kepada yang sudah berada di Malaysia untuk mendapatkan surat Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk dimasukan dalam sistem JIM yang telah digodam dengan jaminan setiap permohonan akan diluluskan.

"Apabila maklumat pekerja telah dimasukkan ke dalam sistem maka sindiket akan mendapatkan peleket Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) melalui MYEG.

"Sindiket dipercayai menguruskan kemasukan pekerja asing dari negara sumber terutamanya India dan Sri Lanka dan sudah lapan tahun beroperasi melibatkan keuntungan puluhan juta ringgit," katanya kepada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri.

Menurutnya susulan kejayaan itu seramai lapan lelaki warga India dan seorang lelaki tempatan berusia 23 hingga 73 tahun ditahan di bawah Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966.

Katanya turut dirampas ialah 1,731 naskah pasport India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Pakistan dan Myanmar serta wang tunai RM97,086.00 dan lapan komputer.

Dalam pada itu Mustafar berkata kira-kira 40 syarikat telah diarahkan untuk tampil ke hadapan kerana dipercayai terbabit menggunakan pekerja asing yang mendapat PLKS melalui sindiket tersebut, lapor Bernama.

Katanya setakat hari ini daripada 158,000 PATI yang diperiksa seramai 39,000 telah ditahan  atas kesalahan imigresen melibatkan 2,228 operasi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...