IPOH -- Seorang anggota polis yang menjalani latihan payung terjun pengsan dan jatuh atas bumbung sebuah rumah di Jalan Asam Kumbang dekat Taiping hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Rafeel Hairul Richard berkata anggota berumur 33 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala dan telah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang itu pengsan ketika menjalani latihan tersebut pada ketinggian 3,000 kaki dengan menaiki pesawat ringan.
“Mangsa dipercayai pengsan pada ketinggian 1,000 kaki manakala payung terjun beliau telah hilang kawalan dan terbabas ke atas bumbung rumah orang awam,” katanya, lapor Bernama.
Menurut Rafeel, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira 11.03 pagi dan mengerakkan 10 pegawai serta anggota ke lokasi kejadian untuk membawa turun mangsa.
Comments
Post a Comment