Skip to main content

Penjara 14 sebab curi nuget


KUALA LUMPUR -- Dua sahabat masing-masing dipenjara 14 hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini kerana mencuri barang makanan dan pakaian di sebuah pasar raya besar, Khamis lepas.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Razmi Amirul Mohd Rahim, 20, dan Habib Basyar Mohd Zaki, 24, selepas mereka mengaku bersalah mencuri makanan segera sejuk beku iaitu sebungkus kentang goreng, nuget ayam, sebotol sos cili, mayonis, empat seluar pendek, dua baju keseluruhannya bernilai RM190.99 milik Pasar Raya Tesco Ampang di sini pada pukul 5.17 petang 25 Oktober lepas.
Mahkamah memerintahkan Mohamad Razimi Amirul yang tidak bekerja dan Habib Basyar yang merupakan pembantu gerai menjalani hukuman penjara itu  bermula dari tarikh tangkap pada 25 Oktober lepas dan tempoh hukuman penjara mereka akan dilanjutkan sebulan jika gagal membayar denda itu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan memohon maaf atas perbuatan itu, manakala Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman berbentuk pengajaran sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Di Mahkamah Majistret berasingan, di hadapan Majistret Haslinda A.Raof  M. Siva Kumar, 44, didenda  maksimum RM300 atau dua bulan penjara selepas lelaki itu mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api, di hadapan Lot 373, Jalan Besar Tasik Permai, Ampang, di sini pukul 9 malam pada 26 Oktober lepas​ mengikut Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1974 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM300, lapor Bernama.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...