Skip to main content

Penjara sebulan guna wang kertas RM100 palsu


KUALA LUMPUR -- Akibat  membeli 18 ikat petai menggunakan sekeping wang RM100 palsu, seorang peniaga dihukum penjara satu bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Toh Kai Thong, 46, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Hasbullah  turut  memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara satu bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.
Bapa anak tiga itu didakwa memiliki sekeping wang kertas not RM100  yang palsu dengan mempunyai sebab untuk mempercayainya sebagai palsu dan dengan niat hendak menggunakannya sebagai tulen.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pasar Borong Selayang, Sentul, di sini pada 3.05 petang, 4 Okt lepas mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal atas alasan kesalahan itu serius selain mengambil kira kepentingan awam supaya tertuduh dan masyarakat tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
“Mangsa dalam kes ini telah mengalami kerugian RM900 namun kerugian itu dalam bentuk nilai barangan iaitu 18 ikat petai,” katanya.
Bagaimanapun, Toh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak berusia antara 12 dan 17 tahun.
”Anak-anak saya masih bersekolah dan saya perlu juga menjaga ibu bapa saya,” katanya.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang bekerja menjual petai di pasar borong Selayang tiba-tiba mangsa telah didatangi tertuduh dengan menaiki sebuah kenderaan yang ingin membeli 18 ikat petai dengan harga RM900.
Tertuduh telah memberikan kepada mangsa sembilan keping not RM100 sebagai bayaran, namun mangsa telah memulangkan semula sebanyak lapan keping not RM100 kerana majikannya tidak membenarkan mangsa untuk mengambil wang besar tetapi hanya mengambil wang kecil daripada pelanggan.
Bagaimanapun tertuduh telah memarahi mangsa kerana telah memulangkan semula wang tersebut dan tertuduh bertindak memecut kereta dan membawa lari sebanyak 18 ikat petai dari kedai itu.
Mangsa mendapati bahawa sekeping wang kertas not RM100 yang diterima adalah palsu dan mangsa telah membuat laporan polis dan hasil semakan dari Bank Negara Malaysia mendapati wang kertas tersebut adalah palsu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...