Skip to main content

Penjualan tanah DBKL akan dibuat tender terbuka


KUALA LUMPUR -- Semua urusan pembelian dan penjualan tanah melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dilakukan secara tender terbuka, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad
Beliau berkata keputusan itu bagi mengelakkan sebarang urusan jual beli tanah yang tidak wajar berbanding dengan harga pasaran.
“Insya Allah, lain kali kita akan lakukan secara tender terbuka kerana dahulu, ini semua dibuat secara rundingan terus,” katanya merasmikan Plaza Arkadia.
Khalid baru-baru ini mendedahkan sebanyak RM149 juta berjaya diperoleh menerusi rundingan semula 16 daripada 23 transaksi jualan tanah milik DBKL melibatkan jumlah keluasan 104 hektar, selain tanah berkeluasan 5.04 hektar bernilai RM113.8 juta diserahkan semula kepada DBKL.
Rundingan semula itu dilakukan oleh Jawatankuasa Khas ekoran tindakan kerajaan terdahulu yang menjual tanah-tanah itu pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran sehingga merugikan DBKL. 
Dalam pada itu, Khalid berkata siasatan yang dijalankan pihaknya hanya daripada sudut komersial untuk menentukan DBKL menjalankan proses jual beli tanah pada harga yang munasabah.
Katanya siasatan daripada sudut penyelewengan dan rasuah hanya dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Bernama.
“Kita (kementerian) memang tidak boleh siasat daripada sudut rasuah dan penyelewengan itu kerana kita tidak boleh akses akaun bank dan kita tidak boleh tengok sama ada pegawai atau menteri ini dapat sebarang duit atau tidak,” katanya sambil menyatakan kementerian setakat ini belum menerima sebarang hasil siasatan SPRM.
Khalid berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan kumpulan anti-rasuah Pusat Memerangi  Rasuah dan Kronisme (C4) baru-baru ini yang menuntut supaya pihak  Kementerian  mendedahkan hasil siasatan SPRM terhadap tawaran tanah yang rendah oleh DBKL .

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...