Skip to main content

Perak lancar portal cari jodoh cintasakinahjaipk


IPOH -- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan portal mencari jodoh, yang pertama seumpamanya yang dikendalikan oleh agensi kerajaan sebagai usaha untuk membantu individu khususnya yang lanjut usia mencari mencari pasangan.
Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata portal yang dibangunkan oleh JAIPk dengan kerjasama kPerak, anak syarikat kerajaan negeri itu, boleh diakses menerusi laman web cintasakinahjaipk.perak.my mulai hari ini.
Bagaimanapun ada beberapa syarat yang dikenakan ke atas individu yang ingin mendaftar di portal itu antaranya beragama Islam dan belum berkahwin.
"Sebagai contoh individu itu belajar atau bekerja dan sukar mendapat jodoh, jadi kita akan bantu mereka dengan kandungan yang ada dalam laman web itu untuk memudahkan mereka mencari jodoh. Buat sementara ini keutamaan adalah rakyat Perak dan sekiranya sambutan diterima mengalakkan kemungkinan usaha itu akan dikembangkan ke peringkat Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran laman sesawang itu dan Modul Pemahaman Poligami Negeri Perak yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak Asmuni Awi.
Menjelas lanjut Mohd Yusop berkata jika sudah ada pilihan, JAIPk akan mengatur pertemuan antara kedua-dua pihak di pejabat agama daerah atau Ibu Pejabat JAIPk bagi memastikan pasangan berkenaan sesuai selain hubungan mereka dipersetujui keluarga masing-masing.
“Sekiranya mereka mahu JAIPk bantu untuk meminang, kita akan aturkan seperti mana kita buat nikah Jamie Syarie,” katanya, lapor Bernama.
Mengenai modul pemahaman poligami, Mohd Yusop berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan penerangan sebenar kepada masyarakat khususnya golongan suami tentang tanggungjawab serta kemampuan untuk berkahwin lebih daripada satu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff berkata semua kandungan portal cintasakinahjaipk.perak.my dikawal selia oleh JAIPk manakala KPerak membantu daripada segi kepakaran teknologi.
Beliau turut memberi jaminan maklumat individu yang mendaftar dilindungi selain pihak JAIPk dan KPerak turut membuat pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara di samping mengenal pasti sama ada mereka yang mendaftar pernah terlibat dengan kes jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...