Skip to main content

Peraturan kempen pilihan raya akan diperkemas


PORT DICKSON -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperketat dan memperkemaskan peraturan berkempen semasa pilihan raya berikutan terdapat kelonggaran yang boleh dipertikaikan. 
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata undang-undang sedia ada adalah kurang jelas dan boleh dipersoalkan dengan interpretasi yang berbeza. 
Menurutnya, beliau akan memulakan agenda reformasi undang-undang tersebut secepat mungkin dengan mengadakan satu perbincangan pada Isnin depan. 
“Pihak SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan oleh itu menurut saya kita perlu kemas kini undang-undang supaya peraturan sedia ada lebih jelas. 
“Calon-calon yang terlibat dalam pilihan raya pun akan tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, sekarang ini agak longgar dan bergantung terbuka pada interpretasi,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini.
Keputusan PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menang bergaya selepas memperoleh majoriti besar sebanyak 23,560 undi sekaligus menewaskan enam pencabarnya. 
Sementara itu, Azhar berkata lima calon Bebas yang bertanding telah hilang wang pertaruhan mereka, lapor Bernama.
Katanya lima calon Bebas itu ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leng; calon wanita tunggal yang juga bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan; serta pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen. 
"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua calon terutama calon Bebas lima orang ini yang membuktikan amalan demokrasi kita matang dan robust (rancak).
“Pertandingan pilihan raya seperti ini boleh diteruskan pada masa akan datang demi amalan demokrasi yang lebih baik dan subur," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...