Skip to main content

Perlis bukan pusat fahaman radikal agama


AMMAN (Jordan) -- Semua pusat pengajian agama di Perlis perlu melalui proses tapisan keselamatan terhadap pengambilan pelajar dan tenaga pengajar serta disahkan ‘bersih’ oleh Polis.
Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Ketua Polis Negeri (CPO) sendiri dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri. 
“Saya kerap bertanya kepada CPO mengenai pelajar di pusat-pelajar pengajian ini khususnya dari negara asing. Setelah polis mengesahkan barulah kita benarkan mereka," katanya.
Kenyataan beliau dibuat berkaitan laporan berita mengenai penahanan lapan lelaki termasuk tujuh warga asing dalam operasi Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, pada 24 Sept lepas.
Mereka disyaki terlibat dalam tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan.
Lapan suspek itu terdiri daripada enam pelajar warga asing, seorang bekas pelajar warga tempatan dan seorang bekas tenaga pengajar warga asing di sebuah pusat pengajian Islam di Perlis.
Mohd Asri berkata penangkapan lapan individu yang dikaitkan dengan maahad tahfiz di Perlis itu tidak bermakna Perlis menjadi pusat penyebaran fahaman radikal.
"Kita tidak ada apa-apa kaitan dengan isu ini lagipun rakyat Perlis bersikap sederhana," tambahnya, lapor Bernama.
Beliau berkata dalam kes itu, pandangan keras berkaitan hukum oleh individu adalah sikap peribadi, bukan pegangan pusat-pusat pengajian agama yang beroperasi di Perlis.
"Saya mahu polis menjalankan siasatan dengan telus kerana sheikh-sheikh yang mengetuai pusat-pusat pengajian ini beri jaminan menyokong tindakan adil diambil jika terdapat penyebaran fahaman radikal atau keganasan.
“Jika benar, kita tiada masalah… boleh tangkap," kata Mohd Asri.
Mohd Asri berada di Amman mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang melakukan lawatan kerja ke Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...