Skip to main content

PM akan bincang isu perjanjian air dengan Singapura


KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan lawatan ke Singapura pada 12 Nov ini yang antara lain bagi membincangkan isu perjanjian air dengan republik itu.
Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya berkata kerajaan bertegas dengan pendirian untuk terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan Singapura bagi mengkaji semula harga air yang dibekalkan kepada negara berkenaan.
“Kita akan terus beri komitmen, saya harap dengan kerjasama semua anggota Parlimen akan dapat beri kekuatan atas usaha kembalikan harga sepatutnya kepada kerajaan Malaysia,” katanya menjawab  soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar)  di Dewan Rakyat.
Mohd Shahar ingin tahu tentang titik noktah yang ditetapkan bagi perbincangan semula harga air yang dibekalkan kepada Singapura.
Mengulas lanjut, Marzuki berkata  berdasarkan peruntukan dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962, harga air mentah yang dibekalkan oleh Malaysia pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen itu boleh dikaji semula selepas 25 tahun.
Justeru, katanya Malaysia sudah berhak mengkaji semula isu itu sejak 1986 dan 1987 seperti mana yang diperuntukkan oleh perjanjian dan perkara tersebut tidak boleh dipertikaikan, alpor Bernama.
Menurutnya antara langkah-langkah awal diambil Malaysia ialah menyatakan secara jelas pendirian negara berhubung hak untuk semak semula harga air mentah semasa pertemuan dua hala dengan Singapura.
“Saya juga ingin tekankan bahawa kerajaaan sentiasa komited menyuarakan hak untuk kaji semula harga air dan sedang laksanakan penyelarasan lanjut dengan pihak-pihak berkenaan khususnya kerajaan Johor agar isu ini dapat diselesaikan tanpa jejaskan kepentingan negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...