Skip to main content

Polis rampas kontraban terbesar bernilai RM9 juta


MERSING -- Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket penyeludupan kontraban berpusat di daerah ini dengan merampas sejumlah rokok dan kenderaan bernilai RM9 juta dalam beberapa serbuan di negeri ini, Rabu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit  Aman Komisioner Polis Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini merupakan rampasan kontraban terbesar di Malaysia setakat ini serta melibatkan penahanan ramai suspek iaitu seramai 23 orang.
Pada serbuan melibatkan sebuah kilang di Felda Tenggaroh 2, Mersing; sebuah rumah kediaman di Taman Johor Jaya, Johor Bahru; dan sebuah kilang di Nusajaya, Iskandar Puteri, pihaknya  turut  merampas 1,332 kotak rokok seludup pelbagai jenama, lima buah lori dan 19 buah motokar  melibatkan  pelbagai kenderaan mewah seperti Vellfire.
“Kita juga menemui wang tunai bernilai RM9,645 dan empat biji pil Eramin 5. Kita anggarkan rokok sahaja bernilai RM6 juta manakala kenderaan yang dirampas bernilai RM3 juta,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.
Pada serbuan itu juga, seramai tujuh lelaki warga tempatan dan 16 warganegara Indonesia ditahan,  berumur antara 24 hingga 46 tahun.
Menurut Acryl Sani, sindiket itu yang dipercayai didalangi seorang warga tempatan, telah bergerak aktif selama hampir setahun dan menggunakan kereta mewah sebagai modus operandi untuk memindahkan barang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Kita percaya mereka mahu mengedarkan kepada pengedar-pengedar kecil di Johor serta sepanjang  pantai timur,” kata beliau.

Dari tujuh suspek warga tempatan, tiga masih ditahan reman dari 10 Okt sehingga 14 Okt di bawah  Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah manakala empat lagi dibebaskan atas jaminan polis.
Sementara 16 lelaki warga Indonesia telah ditahan reman di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta  Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) mulai 11 Okt sehingga 24 Okt.
Kesemua suspek yang didapati tiada rekod jenayah lampau, akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 2001.
Bagi warga asing, mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...