Skip to main content

Polis tahan pasangan bersama dadah RM1.5 juta


GEORGE TOWN -- Polis Pulau Pinang menahan suami isteri yang merupakan pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.5 juta serta tiga pucuk pistol dalam dua serbuan di Bukit Dumbar, di sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Roslee Chik berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak dua minggu lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dalam sebuah kereta di Bukit Dumbar pukul 11.20 malam Isnin dan merampas sejumlah dadah yang disembunyikan dalam kenderaan itu.
"Susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu rumahnya juga di Bukit Dumbar pada 2.30 petang Selasa dan menahan isterinya yang berumur 43 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah antaranya syabu sebanyak 21,268 gram (g), 21,700 biji pil kuda (wy), 40 biji pil eramin 5 dan 4g syabu.
"Polis turut merampas tiga pucuk pistol serta 81 butir peluru hidup daripada pasangan itu dan berdasarkan siasatan, mereka memperoleh senjata api tersebut daripada sindiket pengedaran dadah, ia dipercayai digunakan jika mereka diserang," katanya.
Beliau berkata semua dadah bernilai RM1.5 juta itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran oleh pasangan berkenaan sebelum mereka menjual semula di sekitar Pulau Pinang.
Roslee berkata polis turut menyita wang tunai sebanyak RM33,000 dan sebuah motosikal daripada pasangan itu, jumlah keseluruhan nilai sitaan ialah RM40,000.
Katanya berdasarkan siasatan, pasangan itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak tahun lepas dan dipercayai mereka mempunyai hubungan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa di beberapa buah negara jiran.
Beliau berkata lelaki yang ditahan itu mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah dan mereka yang tidak bekerja itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, lapor Bernama.
"Sejak dua bulan kebelakangan ini, kami mendapati terdapat banyak kes rampasan dadah di Pulau Pinang dan berdasarkan siasatan polis mendapati negeri ini menjadi tempat transit serta penyeludupan bahan tersebut berikutan ia dibawa masuk dari Myanmar.
"Ketika ini berlaku lambakan dadah di negara itu dan harga bahan terlarang tersebut menurun sehingga 40 peratus, jadi pihak polis akan meneruskan risikan, intipan dan operasi bagi membanteras penyeludupan serta pengedaran dadah di Pulau Pinang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...