Skip to main content

PRK Port Dickson, apa mahu pengundi


PORT DICKSON -- Pembangunan pesat serba moden, akses pengangkutan dan jalan raya yang lebih baik, pendidikan serta perkhidmatan kerajaan yang cekap antara yang ditagih penduduk Port Dickson, bagi memastikan kawasan itu setanding seperti kemajuan ​​​​​​yang dicapai Seremban kini.
Beberapa penduduk yang ditemui mengharapkan wakli rakyat yang bakal dipilih 13 Okt ini  mampu membawa pembangunan yang lebih pesat dan menarik ramai pelabur luar di situ sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
Mereka berpendapat, Port Dickson yang dilihat ‘tepu’ sejak 10 tahun lepas, perlu diberikan suntikan baharu bagi memastikan kawasan itu yang terkenal sebagai sebuah bandar peranginan pesisir pantai dan Bandar Tentera Darat yang diisytiharkan pada 29 Sept 2009, akan lebih dipopularkan serta memiliki kemudahan bertaraf dunia.
Anak jati Port Dickson, Mariam Aziz, 36, berkata dengan kehadiran jumlah pelancong yang meningkat di kawasan itu saban tahun, Port Dickson seharusnya diberikan imej yang lebih baik bagi memastikan ia kekal sebagai destinasi pelancong tempatan dan juga antarabangsa.
“Kemudahan jalan raya antara yang perlu diperbaiki lagi supaya menjadi lebih baik terutamanya dengan kehadiran pelancong yang ramai ketika ini kadang-kadang boleh menyebabkan kemalangan kecil khususnya ketika waktu puncak iaitu pada hujung minggu dan cuti persekolahan. Ini seharusnya dielakkan. 
“Selain itu, wakil rakyat yang bakal dipilih juga perlulah menarik lebih ramai pelabur luar untuk membangunkan tempat menarik seperti taman tema air dan projek sukan ekstrim. Pertambahan pelabur luar untuk membangunkan pelancongan sukan dapat membantu perkembangan ekonomi Port Dickson,” katanya di sini baru-baru ini.
Mariam yang bekerja di sektor swasta berkata perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah mengenakan sewa pada kadar yang rendah kepada peniaga kecil.
Tahun lepas, seramai 6.8 juta pelancong luar dan tempatan datang ke Port Dickson manakala tahun 2016 mencatatkan 6.82 juta pelancong dengan 1.48 juta daripadanya adalah pelancong asing.
Ia ​​​​​​​menawarkan 55 hotel berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dengan empat daripadanya mendapat taraf lima bintang, empat hotel (empat bintang) serta 12 hotel (tiga bintang).
Bagi penjawat awam, Haslinda Azim, 36, pula mencadangkan agar Pusat Transformasi Bandar (UTC) diwujudkan di kawasan berkenaan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat setempat dan pelancong asing berurusan.
“Saya mahu Port Dickson ini menyamai Seremban kerana di sana semua kemudahan ada seperti UTC, terminal bas, komuter dan pusat membeli-belah. Saya juga nak mencadangkan supaya Hospital Port Dickson diperbesarkan bagi menampung jumlah pesakit yang kian ramai khususnya ketika hari cuti umum,” katanya.
Bagi Noramry Mohamad, 30, beliau berpendapat pembangunan Port Dickson tidak seharusnya tertumpu di kawasan Telok Kemang dan Bagan Pinang sahaja, sebaliknya turut meliputi Chuah, Lukut, Linggi, dan Sri Tanjung.
“Landskap keseluruhan Parlimen Port Dickson harus ditambah baik bagi memberi imej yang baik kepada bandar pelancongan ini. Apabila sebut PD (Port Dickson), orang hanya membayangkan ia hanya sekitar Teluk Kemang dan Bagan Pinang sahaja, walhal daerah PD ini amat luas dan sudah tentulah selain tumpuan sekitar pantai PD, tumpuan juga perlu diberikan kepada kawasan lain di dalam daerah ini,” katanya. 
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata kemenangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada PRK ini mampu membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan itu.
Aminuddin, yang juga Pengerusi PKR dan PH negeri berkata selain kawasan berkenaan, tempias kemajuan yang dicapai Port Dickson turut memberi nilai tambah kepada keadaan ekonomi dan sosial negeri.
Parlimen Port Dickson mempunyai jumlah penduduk seramai 103,202 orang mengikut data taburan penduduk sehingga September tahun ini dengan lelaki 62,300 dan perempuan 57,000 orang dan ​​​​​​​Parlimen  ini memiliki lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi dan Sri Tanjung (dahulu Port Dickson).
​​​​​​​Parlimen Port Dickson (dahulu Telok Kemang) yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru dalam PRK diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar, yang baru-baru ini menang jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Selain Anwar yang mewakili PH, enam calon lain ialah Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS), calon bebas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abd Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pensyarah Lau Seck Yan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan perunding pengurusan Kan Chee Yuen. 
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pemilih berdaftar dengan 68,468 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia menang selesa dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...