Skip to main content

Produk tenusu guna sijil palsu dirampas


SHAH ALAM -- Sebanyak 3,295 botol produk tenusu pelbagai jenis bernilai RM12,951.10 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor hari ini kerana tidak mempunyai sijil perakuan kesihatan (VHM) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata serbuan pada pukul 11 pagi di sebuah kilang produk tenusu di kawasan perindustrian Kundang, Rawang dekat sini, dilakukan dengan kerjasama  anggota penguatkuasa JPV, hasil siasatan jabatan itu sejak dua minggu lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kilang yang diusahakan secara bersama oleh warga tempatan dan warga asing itu memperoleh bekalan susu mentah daripada pembekal di sekitar Lembah Klang sebelum diproses menjadi produk keluaran syarikat mereka.
"Ketika serbuan, sebanyak lapan pekerja iaitu tiga warga asing dan lima tempatan sedang memproses produk tenusu berkenaan. Pemeriksaan awal mendapati pengilang yang memulakan operasi sejak tahun lepas itu tidak pernah memohon mendapatkan sijil VHM dan hanya mempunyai sijil halal yang sah.
Produk tenusu yang dijual di sekitar Lembah Klang pada harga RM2 hingga RM6 sebotol itu dirampas kerana pengilang didapati sengaja memaparkan logo VHM palsu pada label produk mereka," katanya dalam sidang media di sini.
Azman berkata, sebanyak 166,952 pelekat label botol bernilai RM8,349.60 turut dirampas kerana memaparkan logo palsu yang disyaki boleh mengelirukan pengguna.
Beliau berkata mana-mana pengeluar produk berasaskan haiwan harus mempunyai sijil VHM untuk memastikan produk seperti susu, daging mahupun keju menepati piawaian yang ditetapkan bagi membendung sebarang jangkitan penyakit ke atas pengguna.
Katanya, KPDNHEP akan memanggil pemilik syarikat berkenaan untuk merakamkan percakapan  bagi  siasatan lanjut di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011, lapor Bernama.
“Bagi pertubuhan perbadanan, hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen itu ialah denda maksimum RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua serta berikutnya, jika sabit kesalahan.
"Bagi individu yang bukan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda sehingga RM250,00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan berikutnya, jika sabit kesalahan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...