Skip to main content

Reka bentuk dan ciri baru pas dan visa Malaysia


PUTRAJAYA -- Jabatan Imigresen pada Selasa memperkenalkan reka bentuk Pas Malaysia dan Visa Malaysia yang baharu yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang lebih efisien.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dokumen yang dijangka digunakan sepenuhnya Disember akan datang itu dinaik taraf dengan penambahan terapan hologram dan ciri keselamatan yang menyukarkan ia dipalsukan.
Beliau berkata penambahan terapan hologram kepada cetakan intaglio dwiwarna sebagai ciri perlindungan keselamatan utama memastikan dokumen kebenaran bagi warga asing untuk berada di Malaysia itu tidak mudah dipalsukan, sekali gus mengurangkan risiko pemalsuan yang sering dilaporkan sebelum ini.
"Di samping itu, rekaan terkini dan komprehensif tersebut turut merangkumi reka bentuk latar belakang dan nombor siri keselamatan dengan cetakan pelangi.
"Ini merupakan usaha berterusan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya melibatkan dokumen pengenalan orang asing yang memasuki Malaysia," katanya pada sidang media selepas pelancaran wajah baharu dokumen itu, lapor Bernama.
Visa Malaysia merupakan kebenaran awal yang disahkan dalam pasport warga asing untuk memasuki Malaysia manakala Pas Malaysia pula dikeluarkan bagi mereka yang masuk dan menetap sementara dalam tempoh ditetapkan bagi tujuan tertentu seperti lawatan sosial, lawatan rasmi dan belajar.
Mustafar berkata pemegang pas atau visa Malaysia yang lama masih dibenarkan menggunakan dokumen tersebut dan hanya menukarnya selepas tempoh sah laku berakhir.
Dalam pada itu, Mustafar berkata jabatan itu turut melancarkan 'Narrowcasting Media', iaitu platform hebahan terbaharu bagi menguar-uarkan maklumat berkenaan perkhidmatan jabatan itu kepada orang ramai.
Beliau berkata sebagai permulaan, sebanyak 400 unit paparan skrin telah diletakkan di cawangan jabatan itu di seluruh negara manakala 450 unit lagi akan di pasang secara berperingkat di lokasi strategik bermula Februari tahun hadapan.
Platform interaktif ini diwujudkan bagi memberi maklumat awal kepada orang ramai berhubung perkhidmatan dan arahan terbaharu Jabatan Imigresen, sekali gus memudahkan mereka ketika berurusan di kaunter imigresen, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...