Skip to main content

Remaja didakwa dera dua anak


KUALA LUMPUR -- Seorang remaja perempuan yang sebelum ini mengaku bersalah atas tiga tuduhan mendera dua anak kandungnya sehingga meninggalkan parut di beberapa bahagian badan, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Tertuduh yang berusia 19 tahun dan merupakan seorang suri rumah menukar pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semula pertuduhan ke atasnya pada prosiding yang ditetapkan untuk mendengar laporan sosial dan menjatuhkan  hukuman terhadapnya.
“Tidak mengaku,” kata remaja itu yang kelihatan gelisah dan cuba menahan tangis serta kerap menoleh ke arah anggota keluarganya yang berada di galeri awam di belakang kandang tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh namun remaja itu yang tidak diwakili peguam memohon dia dibenarkan diikat  jamin atas alasan anak-anaknya memerlukan jagaannya.
Seorang pegawai wanita daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantah jaminan diberikan terhadap tertuduh atas alasan  bimbang keselamatan mangsa kerana tertuduh mempunyai hubungan dengan penjaga sementara mangsa iaitu kakak sulungnya.
“Tertuduh mempunyai akses kepada kanak-kanak ini melalui keluarganya. JKM tidak mahu kanak-kanak ini berada dalam situasi yang terancam,” katanya.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid tidak membenarkan tertuduh diikat jamin  dan menetapkan 7 Nov untuk serahan dokumen serta 12 dan 13 Dis untuk perbicaraan.
Pada 25 Sept lepas, remaja itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dengan sengaja melakukan penderaan kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun dua bulan dan bayi lelakinya berusia enam bulan sehingga mengalami kecederaan dan meninggalkan parut di beberapa bahagian badan antaranya kedua-dua belah tangan kiri dan kanan, muka serta kaki.
Remaja itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Taman Intan Baiduri, Sentul di sini antara 3 petang dan 4 petang, antara 6 Ogos dan 18 Sept lepas, lapor Bernama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...