Skip to main content

Ruang merokok di premis makan dalam pertimbangan


GOPENG -- Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha premis makanan dalam masa terdekat sebelum membuat keputusan berhubung cadangan penyediaan ruang khas merokok susulan larangan merokok di semua premis makanan mulai 1 Jan depan. 

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata pihak kementerian sama sekali tidak menggalakkan ruang khas merokok itu diwujudkan kerana perlu mengutamakan kesihatan orang ramai terutamanya di tempat awam.    

"Kita akan berbincang dengan pengusaha (premis makanan) supaya mereka faham dengan hasrat kementerian (menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan) untuk menjaga kesihatan.

"Kita perlu mengutamakan hak individu yang tidak merokok supaya mereka bebas daripada asap rokok kerana kita semua tahu merokok itu memudaratkan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gotong Royong Perdana Cegah Denggi di Padang Medan Pengkalan Mutiara.

Terdapat cadangan beberapa pengusaha premis makanan yang mahu menyediakan ruang khas merokok bagi memudahkan pelanggan merokok tanpa mengganggu pelanggan bukan perokok lain.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis di negara ini termasuk warung di tepi jalan, termasuk tindakan turut diambil terhadap perokok berkuat kuasa 1 Jan tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.

Berhubung kes keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah kedai makan di Baling, Kedah, Dr Lee berkata hasil analisis sampel makanan yang diambil di premis terbabit akan diketahui selewat-lewatnya Selasa depan.

Katanya sekiranya terbukti laksa itu menjadi punca kes keracunan makanan itu, pengusaha premis itu boleh diambil tindakan dan menurutnya siasatan turut dilakukan terhadap pembekal laksa serta bahan-bahan laksa yang lain seperti sayur-sayuran.

Pada Khamis, pemilik gerai laksa itu berkata pihaknya menimbangkan untuk menyaman Kementerian Kesihatan kerana kenyataan yang dikeluarkan mengelirukan serta memberi gambaran buruk seolah-olah laksa yang dijualnya sah beracun sedangkan keputusan sampel laksa yang dihantar ke makmal belum diketahui.

Bilangan kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan laksa itu meningkat kepada 83 orang, termasuk dua kematian susulan tiga kes baharu dilaporkan di Perak pada Jumaat lepas.

Terdahulu, Dr Lee dalam ucapannya berkata kes denggi di seluruh negara sejak awal tahun ini merekodkan sebanyak 56,608 kes setakat ini dan berharap ia mencatatkan penurunan menerusi program cegah denggi.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...