Skip to main content

Saham MyEG, Datasonic digantung atas kaitan kes Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR -- Saham MyEG Services Bhd dan Datasonic Group Bhd didagangkan dalam jumlah yang besar pada tengah hari berhubung laporan bahawa kedua-dua syarikat dikaitkan dengan dakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ini menyebabkan penggantungan dagangan MyEG pada 2.30 petang
Pada rehat tengah hari, MyEG adalah antara kaunter aktif, susut 37 sen kepada RM1.13 dengan 169.89 juta saham didagangkan.
Saham Datasonic pula, yang dibuka pada 51.5 sen, susut 18 sen, dengan 95.94 saham bertukar tangan pada 2.48 petang.
Menurut sebuah portal dalam talian, Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri didakwa menerima cek RM5 juta daripada Datasonic untuk syarikat berkenaan membekalkan 12.5 juta cip untuk pasport Malaysia.
Dia juga didakwa menerima sekeping lagi cek RM1 juta daripada pengarah Datasonic, juga berkaitan cip pasport Malaysia.
Dalam satu lagi tuduhan, Ahmad Zahid didakwa menerima 10 cek bernilai RM5 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapat projek MyEG.
Seterusnya, dia didakwa menerima RM250,000 dalam kapasitinya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk membantu sebuah syarikat perunding mendapat projek MyEG.
Dia juga dituduh menerima 13 cek bernilai RM8 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapat projek MyEG.
Ahmad Zahid meminta dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan.
Datasonic dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, menyangkal dakwaan itu dan menyatakan syarikat itu mendapat kontrak melalui proses tender terbuka pada April 2012.
“Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB; anak syarikat Datasonic) memperoleh kontrak lima tahun untuk membekalkan halaman data polikarbonat pasport dan sistem percetakan berasaskan satu pasport dihasilkan melalui tender terbuka pada April 2012.
“DTSB dianugerahkan kontrak untuk membekalkan 12.5 juta cip pada 15 Disember 2015 berasaskan nilai peruntukan bagi meningkatkan keselamatan cip (untuk menempatkan cip dalam halaman data polikarbonat berbanding muka belakang pasport) dengan harga 15 peratus lebih murah berbanding vendor sebelumnya yang memberikan penjimatan RM56.25 juta kepada kerajaan sepanjang tempoh lima tahun," kata syarikat itu.
Sementara itu, MyEG dalam maklumannya menafikan membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak sewaktu proses memperoleh sebarang konsesi syarikat diberikan oleh kerajaan.
“Lembaga Pengarah ingin menjelaskan bahawa syarikat ini bukanlah pihak yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap bekas perdana menteri,” katanya.
Menurut syarikat itu, pihaknya dan lembaga pengarah tidak mengetahui mengenai Mastoro Kenny IT Consultant and Services, syarikat yang dinamakan dalam tuduhan berkenaan. 
MyEG juga mengatakan bahawa ia tidak berhubung dengan mana-mana wakil Mastoro atau lembaga pengarahnya, tidak mengetahui mengenai urusan antara Mastoro dan Ahmad Zahid, tidak dianugerahkan sebarang projek atau mempunyai urusan dengan Mastoro dan tidak dilantik mana-mana vendor atau kontraktor dalam sebarang urusan dengan Kementerian Dalam Negeri.
 “Selain itu, syarikat itu juga meminta penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai butiran pertuduhan dan untuk mengesahkan bahawa syarikat berkenaan dan lembaga pengarahnya bukanlah pihak berhubung penyiasatan kepada pertuduhan terhadap Ahmad Zahid,” katanya.   
Syarikat itu juga menyatakan bahawa satu pengumuman akan dikeluarkan berhubung penjelasan ini sebaik SPRM memberikan maklum balas. -- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...